Thursday, June 16

Tip Untuk Pengendali Laman Web


(1) Apakah yang anda perlu tahu mengenai pencacatan laman web?http://www.mycert.org.my/en/resources/incident_handling/main/main/detail/756/index.html
(2) Langkah-langkah untuk pulih daripada pencerobohan sistem UNIX atau NT:http://www.auscert.org.au/render.html?it=1974&cid=1920
(3) Senarai semakan pengesanan pencerobohan: http://zeltser.com/log-management/security-incident-log-review-checklist.pdf 
(4)Langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan SQL Injections:http://www.mycert.org.my/en/resources/web_security/main/main/detail/573/index.html
(5) Bagaimana untuk melindungi SQL Injection dalam ASP.NET?http://msdn.microsoft.com/en-us/library/ms998271.aspxModSecurity atau http://www.modsecurity.org/ 
Sehingga awal pagi Khamis, sebanyak 51 laman web .gov.my digodam menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Serangan itu berlaku ekoran satu kenyataan sebuah kumpulan luar negara dikenali "Anonymous" untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam, dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.
Suruhanjaya itu berkata terdapat cubaan menggodam beberapa laman web termasuk laman webnya sendiri www.skmm.gov.my pada 11.30 malam tadi tetapi gagal.
Menurut SKMM, Pusat Keselamatan Rangkaian suruhanjaya itu bersama beberapa agensi lain, penyedia perkhidmatan dan pakar-pakar telah menjalankan usaha berterusan bagi memantau dan menyekat serangan itu.
Sementara itu, Husin berkata, sekiranya laman web dirosakkan atau mendapati ia berdepan dengan serangan penggodam, hubungi Cyber999 menerusi saluran e-mel di cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my atau talian 1-300-88-2999 yang dipantau pada waktu kerja iaitu dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang; atau faks 603 89453442, telefon bimbit +60 19 2665850 yang boleh dihubungi sepanjang masa; khidmat pesanan ringkas dengan menaip CYBER999 REPORT ke 15888,"

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.