Sunday, July 24
Akta Sewa Beli 1967 perlu untungkan pengguna
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) menguatkuasakan secara tegas Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010), demi melindungi pengguna di negara ini.
Pengerusinya SM Mohamed Idris berkata, sejak dikuatkuasakan pada 15 Jun lalu, ramai penjual kenderaan telah menjalankan perniagaan secara tidak adil semata-mata memenuhi peningkatan terhadap sasaran mereka.
Menurutnya, rungutan daripada pihak terbabit bahawa jualan mereka merosot antara 20 hingga 30 peratus dan mendakwa ia berpunca daripada pindaan tersebut adalah kurang tepat.
“Sebelum ini, kenderaan dijual meskipun masih belum siap untuk diserahkan kepada pembeli (pengguna) dan ia dilakukan dengan meminta pengguna menandatangani dokumen kosong dan membayar deposit.
“Amalan ini sebaliknya menyusahkan pengguna kerana ia menimbulkan pelbagai masalah misalnya kenderaan tidak diserahkan mengikut tarikh yang ditetapkan, kereta didaftar tanpa pembeli melihatnya terlebih dahulu, ketiadaan warna kereta yang diingini dan pembeli terpaksa memilih warna lain,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Bagaimanapun, Mohamed Idris berkata, penguatkuasaan Akta Sewa Beli pasti menguntungkan pengguna sekiranya penjual tidak boleh menjual kenderaan yang tidak berada di ruang pameran termasuk tiada lagi amalan menaikkan harga untuk mendapatkan pinjaman penuh.
“Selain itu, terdapat juga segelintir penjual kenderaan yang cuba meningkatkan jualan dengan kononnya membantu pembeli mendapatkan pinjaman penuh sewa beli 100 peratus dan ia dilakukan dengan menaikkan harga tunai kenderaan, sungguh pun menjadi kesalahan memberi maklumat tidak betul di bawah Perjanjian Sewa Beli.
“Oleh itu, adalah menguntungkan pengguna apabila pihak bank menuntut supaya penjual kenderaan mematuhi perjanjian tersebut,” jelasnya.
Justeru Mohamed Idris memberitahu, penjual kenderaan seharusnya bekerjasama dengan pihak kementerian bagi melaksanakan sepenuhnya kesemua peruntukan yang termaktub di bawah akta tersebut.
“Penjual sepatutnya tidak membantah perlaksanaan undang-undang ini kerana akan mendatangkan kebaikan dalam jangka panjang," katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.