Friday, July 8

Gara-gara ghairah sangat...Bersih ' tipu' dakwa polis lulus permit berkumpul di Stadium Merdeka



INILAH contoh taktik biasa dan spin pembangkang nak bikin gempar. Benda tidak pasti, dibesar-besarkan, dan kemudian salahkan pihak lain. 

Alahai...macam tak ada modal lain penganjur perhimpunan haram Bersih membuat pengumuman palsu kononnya polis telah memberikan mereka permit berkumpul di Stadium Merdeka pada Sabtu. 

Lebih mantap lagi lakonan puak-puak Bersih ini adalah bila laman-laman berita pro pembangkang menyiarkan berita tersebut secara besar-besaran. 

Manakala pemimpin-pemimpin pembangkang pulak menghebahkannya melalui twitter dan facebook. 

Menurut laporan tersebut, Bersih telah diminta untuk datang ke Balai Polis Dang Wangi, untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka. 

Menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter, BERSIH berkata mereka diminta berbuat demikian melalui sebuah panggilan telefon. 

“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH. 

Sebuah portal berita menyiarkan pengakuan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat yang mengesahkan mereka telah diberikan permit berkenaan. 

Bagaimanapun, difahamkan polis hanya meminta mereka datang untuk ambil salinan penolakan permit yang dipohon, bukan meluluskannya. 

"Polis hubungi untuk berikan salinan penolakan permit," kata sumber. 

Sementara itu laman web sama juga memetik Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh menafikan polis ada keluarkan permit benar Bersih berhimpun di Stadium Merdeka. 

Lebih melucukan penganjur Bersih TIDAK LAMA kemudian telah mengakui mereka silap faham semasa perbualan telefon dengan pegawai polis balai Dang Wangi. 

Katanya sebenarnya surat itu adalah penolakan permit

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.