Tuesday, July 5

Guan Eng Dah Gila Bayang.




Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Ir Shaik Hussein Mydin menyarankan Ketua Menteri  Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar segera berubat bagi menghilangkan perasaan ketakutannya yang teramat sangat kepada bayang-bayang UMNO hinggakan apa sahaja yang terjadi di negeri itu beliau menyalahkan UMNO.



“ Dia (Guan Eng) terlalu takutkan bayang-bayang UMNO sehinggakan sekiranya dia jatuh longkang, dia akan menuduh UMNO yang menolak dirinya. Begitulah yang boleh digambarkan mengenai Guan Eng. Sebab itu apa sahaja perkara buruk yang berlaku di Pulau Pinang, dia akan menuduh UMNO yang menjadi punca dan dalangnya.
“Dia tidak layak untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang”
Hakikatnya tegas beliau, Guan Eng sebenarnya mahu memburukkan UMNO di mata rakyat kerana Guan Eng tahu UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan untuk bangkit bersama rakyat bagi menentang segala kezaliman dan ketidakadilan pentadbiran DAP di negeri itu.
“Tujuan Guan Eng semata-mata untuk memburukkan UMNO dengan pelbagai dakwaan secara membabi buta  termasuklah perhimpunan yang diadakan baru-baru ini.
“Sudah terang lagi bersuluh, ianya tidak ada kaitan langsung dengan UMNO. Sekiranya UMNO terlibat, sudah pasti saya akan ada kerana saya Ketua Pemuda UMNO negeri ini,” ujarnya.
Beliau yang juga merupakan Naib Pengerusi Belia 4B Pulau Pinang menjelaskan, Guan Eng sepatutnya sedar mengapa anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi tunjuk perasaan anti Ketua Menteri Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) baru-baru ini.
Katanya, ini semua berpunca daripada sikap diktator Guan Eng sendiri yang enggan membuka pintu rundingan dengan rakyat.
“Selaku Ketua Menteri, Guan Eng tidak pernah bersikap terbuka ataupun mahu berbincang dengan rakyat. Tindakannya yang sering menindas rakyat membuatkan rakyat semakin hilang sabar. Sebab itulah demonstrasi tersebut diadakan. Sekiranya dia membuka pintu rundingan, sudah pasti demonstrasi tersebut tidak akan berlaku,” katanya.
Beliau turut menyelar sikap Guan Eng yang mencemuh demonstrasi yang diadakan di Komtar tetapi menyokong demonstrasi ‘Bersih’.
Ini tegasnya jelas menggambarkan Guan Eng seorang yang tidak telus dan kaki putar belit.
“Dia suka cakap putar belit. Demonstrasi di Pulau Pinang dikecam tetapi demonstrasi ‘Bersih’ disokong. Dia hanya mahu UMNO dipandang buruk dan mencetus keadaan huru hara. Layakkah orang seperti ini menjadi Ketua Menteri?
“Hakikatnya, Guan Eng sedar, sekiranya semua ahli UMNO di Pulau Pinang bersatu, dia pasti akan tumbang dan itulah dia yang takutkan. Sebab itu, apapun keadaan, dia akan memburukkan imej UMNO dengan apa cara sekalipun,” jelasnya lagi

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.