Wednesday, July 20

Perang Siber - Untuk menang PRU13.


"In wartime, truth is so precious that she should always be attended by a bodyguard of lies." - Winston Churchill

Saya tidak suka hidup dalam penafian dan saya ingin menyatakan kebenaran agar Perdana Menteri dan Presiden parti tidak diberikan gambaran yang muluk-muluk sahaja oleh pihak yang berkepentingan dalam pengendalian perang siber. Hanya mereka yang hidup dalam penafian sahaja atau yang sedang menjaga kepentingan periuk nasi mereka sahaja yang mengatakan bahawa BN berjaya mengendalikan perang siber sebelum, semasa dan selepas perhimpunan haram Bersih.

Sebab itu saya suka merujuk tulisan Oon Yeoh bertajuk BN losing the cyberwar again sebagai bacaan yang boleh digunakan untuk muhasabahdiri. Walaupun analisis yang dibuat oleh Oon Yeoh tidak 100 peratus tepat, namun pandangannya boleh digunakan untuk memperbaiki pencapaian jentera siber BN agar menjadi lebih baik lagi.

Nasihat saya kepada kumpulan blogger tertentu yang menyerang saya, jangan terlalu defensif dan cuba memberikan gambaran yang salah dan lunak-lunak kepada pemimpin BN kerana gambaran yang muluk-muluk dan indah-indah ini merupakan antara racun yang menyebabkan BN gagal mempertahan 2/3 kerusi Parlimen dan kalah di 5 buah negeri dalam tahun 2008.

Pada waktu yang sama, pandangan Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa Umno perlu mewujudkan "unit tempur siber" yang lebih bersistematik dan mantap bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber adalah sangat bertepatan pada masanya. Kata Zahid, unit tempur siber parti ketika ini dilihat tidak mampu memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.

Kata Zahid lagi, "Padahal kita ada kumpulan yang lebih besar tetapi mungkin satu unit tempur siber yang bersistematik perlu diwujudkan bagi membalas segala serangan."

Zahid menyebut kita ada kumpulan yang lebih besar. Siapakah mereka itu?

Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memikul tanggung jawab'kegagalan' ini jika kumpulan yang besar ini adalah Unit Media Baru (UMB). Hakikatnya UMB hanya diberikan penghak upayaan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak; dan alhamdulillah peranan itu telah kami laksanakan.

Bagaimanapun di luar PRK dan PRN, penghak upayaan ini tidak diberikan kepada UMB. Jadi tidak adil sekiranya individu atau kumpulan yang terbabit tidak mahu memikul tanggung jawab di atas `kegagalan' ini sedangkan mereka telah diberikan penghak upayaan oleh pemimpin-pemimpin di dalam parti untuk melaksanakan peranan ini sehingga PRU13. Mereka yang diberikan penghak upayaan ini perlu tampil memikul tanggung jawab `kegagalan' ini dan memperbaiki kelemahan diri. Jangan bersifat defensif dan jangan arahkan blogger-blogger upahan menyerang pihak lain hanya kerana tidak mahu mengakui kelemahan diri.

Logiknya jika engagement yang dibuat adalah meluasjumlah pejuang siber kita pula semakin ramaidisokong pula dengan perancangan yang teliti dan semua pihak dapat berperanan sebagai satu pasukan, saya yakin Zahid tidak akan menyatakan kritikan ini dan Oon Yeoh tidak mungkin boleh menyimpulkan bahawa BN tewas lagi dalam peperangan siber, lebih-lebih lagi dalam konteks perhimpunan haram Bersih.

Malam terakhir sebelum perhimpunan haram Bersih berlangsung, saya dipanggil hadir untuk terlibat dalam pertemuan dengan 16 orang blogger bagi merancang gerak kerja keesokan harinya. Saya tidak mahu mengulas panjang tetapi cukuplah sekadar menyatakan bahawa pertamanya, dalam pasukan ini tidak ada command dan control kerana operasi ni diketuai oleh seorang yang tidak berpengalaman (bukan salah dia, dia hanya menjalankan tugas); kedua, terlalu ramai yang terlebih bijak sehingga menyukarkan pembentukan jentera yang berdisiplin; ketiga, ia dilaksanakan pada saat akhir, sedang tugas sebegini perlu ada game planyang baik.

Tidak mengapalah. Perkara telah berlalu usah dikesalkan lagi. Saya berharap jentera BN dapat bekerja sebagai satu pasukan dan bukan sebagai kumpulan yang terpisah-pisah. Kritikan Zahid betul dan kena pada masanya dan mungkin Datuk Akmar Hisham Mokles ada jawapannya.

Banyak yang perlu dilakukan. Perhimpunan haram Bersih sepatutnya menjadi satu wake-up call kepada semua, pemimpin BN, pegawai kerajaan dan semua pejuang siber pro-BN, baik blogger mahupuncybertroopers. Kita perlu menilai secara overall strategi dan pendekatan kita. It's not output that counts, it's the outcome.

Jihad menentang pembohongan PR akan diteruskan, dengan penghak upayaan atau tanpa penghak upayaan. Bezanya cuma sama ada ia menjadi lebih tersusun atau seperti yang Zahid sifatkan - TIDAK BERSISTEMATIK. Mudah-mudahan kelemahan ini dapat dikenal pasti dan diperbaiki. Saya tiada kepentingan lain melainkan mahu BN menang dalam perang siber menjelang dan semasa PRU13.TFDC

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.