Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minta rakyat sedar taktik pembangkang yang sekadar mahu membantah apa jua keputusan kerajaan dalam soal pengesahan pengundi bagi menjadikanya isu kontroversi.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pendang sempena lawatan seharinya ke Kedah ketika diminta mengulas tindakan mereka menolak cadangan agar SPR mengunakan sistem biometrik untuk tujuan berkenaan.
Najib berkata beliau percaya jika kerajaan mahu menggunakan dakwat kekal maka pembangkang akan kata biometrik lebih baik.
Beliau kesal melihat gelagat mereka yang tidak ada sikap konstruktif untuk menambahbaik sistem pengesahan pengundi.
Beliau kesal melihat gelagat mereka yang tidak ada sikap konstruktif untuk menambahbaik sistem pengesahan pengundi.
"Mereka sekadar mahu membantah apa juga yann g kita lakukan. Mereka mahu jadikannya isu kontroversi dan mencari kesalahan,”ujarnya.
Perdana Menteri menjelaskan kerajaan memutuskan untuk menggunakan sistem biometrik kerana ia merupakan sistem yang saintifik dan tidak boleh dimanipulasi berbanding dengan dakwat kekal.
Sebelum itu dalam ucapannya depan lebih 15,000 hadirin di Himpunan Belia 1Malaysia di Mini Stadium Pendang ,Najib antara lain mempersoalkan sikap pembangkang yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan dari aspek kerajaan yang memerintah.
Beliau mengimbas kembali bagaimana kerajaan negeri Kelantan selepas pilihanraya 2004 bertahan dengan hanya kelebihan cuma satu kerusi sahaja berbanding BN.
Sudah itu salah satu kerusi PAS di Pulai Chondong ia memang dengan hanya kelebihan dua undi sahaja.
Najib menyatakan demikian dalam kontek macam-macam tindak tanduk pembangkang yang cuba gugat pentabiran kerajaan BN selepas pilihanraya umum 2008.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.