Polis meminta orang ramai jangan membuat andaian dan kesimpulan berhubung insiden demonstrasi Bersih pada 9 Julai lalu terutama dakwaan kononnya polis bertindak kasar ketika menyuraikan perhimpunan haram itu.
Ini ekoran penyiaran video di laman You Tube, internet dan blog yang dilihat polis tidak tepat dengan apa sebenarnya berlaku pada hari tersebut.
Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta orang ramai tidak membuat andaian sendiri kerana proses siasatan masih berjalan.
Katanya, selepas insiden itu mencetuskan pelbagai dakwaan, polis menubuhkan enam jawatankuasa bagi melihat apa sebenarnya berlaku.
Jawatankuasa itu bertugas 24 jam bagi meneliti semua bukti, gambar, fakta yang diambil pada hari kejadian di beberapa lokasi terutama di dua hospital di Jalan Pudu.
“Jawatankuasa ini telah jalankan tugas sejak minggu lalu dan dijangka dapat kemukakan laporan secepat mungkin. Mereka mengambil keterangan pelbagai pihak termasuk polis yang bertugas dan orang awam,” kata Ismail dalam sidang media di Bukit Aman, petang Selasa.
Menurut Ismail, gambar-gambar yang dimuatkan dalam internet serta You Tube turut dikaji.
Beliau turut meminta orang ramai yang memiliki gambar sama ada video, kamera dan dirakam melalui telefon bimbit menyerahkan kepada polis supaya dapat diteliti dan dinilai sebelum polis membuat kesimpulan.
Katanya, semua maklumat ini akan memberi gambaran dan bukti apa berlaku termasuk jumlah kehadiran peserta demostrasi.
“Bantulah pihak polis dapatkan gambaran sebenar berlaku, Polis tak mahu menyembunyikan apa yang berlaku dan rakyat ada hak ketahui apa berlaku,” katanya.
Ismail kata, ini selaras pandangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya polis menyiarkan cepat video-video ini.
“Saya terima pandangan itu dan rakyat mahu tahu apa berlaku. Saya akan tetapkan satu tarikh untuk tunjukkan rakaman-rakaman video ini kepada media,” katanya.
Ismail menjangkakan proses itu dalam minggu ini.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.