Sunday, August 7
Antara Dakwah dan Undang-undang
Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian di dalam isu serbuan JAIS pada Rabu lalu adalah menilainya dari dua persepktif yang utama yakni perlaksanaan undang-undang dan aspek dakwah yang menjadi gambaran (view) agama Islam. Kedua-duanya sama penting dan memerlukan kebijaksanaan menguruskannya.
Sesungguhnya, undang-undang wajib ditegakkan. Namun ia sesekali tidak meninggalkan objektif utama penubuhan undang-undang itu yakni memberi kesejahteraan dan keselamatan kepada seluruh manusia. Di dalam Perlembagaan Persekutan membenarkan setiap rakyat di dalam aspek kebebasan agama (Rujuk: Perkara 11(1),(2),(3),(4) dan (5)). Namun ia tertakluk kepada undang-undang negeri masing-masing.
Di dalam enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Bahagian III secara umumnya menjelaskan bahawa undang-undang syariah negeri berkuasa menghalang mana-mana pihak yang mempunyai usaha untuk melakukan penghinaan dan mempersendakan agama Islam.
Dari sudut undang-undang - Perlembagaan mahupun Syariah - kita melihat dan mengiktiraf bahawa agama Islam harus diletakkan penghormatan yang tinggi. Namun, dalam masa yang sama ia perlu ditegakkan dengan tidak sesekali mengenepikan - bagi undang-undang Syariah - apa yang disebut Maqasid Syariah - yakni objektif penubuhan undang-undang Islam itu iaitu memberi kemaslahatan kepada semua manusia.
Oleh kerana syariat Islam itu diturunkan kepada seluruh manusia - rahmatan lil 'alamin - maka undang-undang syariat sepatutnya selaras dengan semangat objektif syariah tersebut yakni memberi keselesaan, kesejahteraan, keharmonian dan kebaikan kepada semua manusia - orang Islam dan termasuk bukan Islam. Ini prinsip jelas dalam Islam.
Dari sini kebijakan menanganinya berlegar kepada persoalan dakwah - yakni mengambil tindakan dan memberi pandangan yang selaras dengan kehendak Islam dengan tidak mengenepikan persoalan hak serta adab bagi agama lain, serta persoalan penguatkuasaan undang-undang - iaitu dengan mengambil tindakan yang tepat dan tidak mengenepikan semangat maqasidsyariah itu.
1 comment:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
Rasulullah saw bersabda:
ReplyDelete“Akan datang suatu zaman pada umatku:
Mereka tidak mengenal ulama kecuali dengan pakaian yang bagus, mereka tidak mengenal Al-Qur’an kecuali dengan keindahan suaranya, mereka tidak beribadah kepada Allah kecuali hanya di bulan puasa. Jika hal itu telah terjadi, Allah akan menjadikan bagi mereka pemimpin yang bodoh, yang tidak mengenal belas-kasih dan tidak memiliki rasa kasih sayang.”
(Bihârul Anwâr 22: 454)
Pendekar Siber
http://blogpendekarsiber.blogspot.com/