Saturday, August 6
DAP Beri Jeff Ooi Amaran Keras
Anggota jawatankuasa pusat DAP dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun dilepaskan dengan hanya diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin parti kerana mengkritik ahli parti yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Wong Hon Wai, dalam media.
Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Kok Wai berkata, selepas mendengar keterangan Jeff Ooi di ibu pejabat parti di sini semalam, jawatankuasa memutuskan mengeluarkan ‘amaran keras’ terhadap beliau, yang juga Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Beliau telah melanggar disiplin parti dengan menggunakan media tanpa menggunakan semua saluran dalaman yang ada. Ini telah mencemarkan nama parti,” kata Kok Wai kepada pemberita selepas pendengaran itu.
Jeff Ooi sebelum ini telah berbalas kenyataan di media dengan rakan ahli DAP, Hon Wai, yang juga Exco Perumahan Pulau Pinang berhubung kegagalan mendapatkan data lengkap mengenai pemohon-pemohon apartmen kos rendah di Batu Lanchang.
Jeff Ooi malah bersikap keterlaluan dengan menggesa Wong meletakkan jawatan.
Pertikaian itu diketahui umum apabila Hon Wai mendakwa Jeff Ooi tidak membuat penyelidikan semasa menyerahkan senarai nama 178 orang yang memohon untuk membeli rumah kos rendah di kawasannya.
Jeff Ooi kemudian menjawab dengan menyatakan ‘tuduhan itu tidak berasas’ dan menggesa Wong yang beliau labelkan sebagai ‘Napoleon kecil’, meletakkan jawatan.
Menjelaskan mengenai keputusan jawatankuasa itu hari ini, Kok Wai berkata, Jeff Ooi diberi amaran keras kerana perbuatannya menggelar Hon Wai dengan panggilan tidak baik adalah ‘contoh tidak baik kepada orang ramai’.
"Jeff Ooi sebagai seorang MP (Ahli Parlimen) dan ketua staf Lim Guan Eng sepatutnya bertindak sebagai seorang pemimpin parti yang tahu untuk memaparkan perpaduan antara rakan sekerja dan menggunakan saluran sesuai untuk membangkitkan isu.
"Reputasi DAP yang telah dibina dengan susah payah lebih 46 tahun, boleh dimusnahkan dengan mudah melalui tindakan sebegini,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.