Monday, August 15

HALAU MELAYU BALIK KAMPUNG.Evangelist



Secara jelas, gelagat yang ditunjukkan oleh Evangelist yang berjaya didedahkan oleh JAIS dan kemudian mencetuskan riak baru, sebenarnya adalah mencabar umat Islam dan Perlembagaan Malaysia. Gereja-gereja arus perdana awal-awal lagi telah menafikan pembabitan mereka, bahkan menyatakan bahawa sikap ekstremis golongan Evangelist dan gereja-gereja persendirian amat dikesali kerana perbuatan mereka boleh menimbulkan masalah yang lebih besar kepada negara ini, khususnya yang berkaitan dengan persengketaan kaum dan agama.
Namun, ada satu pihak yang sangat teruja dengan perkembangan terbaru dalam episod pemurtadan ini. Pihak tersebut adalah DAP. Sesuatu yang tidak mengejutkan apabila melihat barisan baru kepimpinan DAP cuba menjadi Evangelist lebih-lebih lagi dalam usaha mereka untuk menawan Sabah dan Sarawak bagi merealisasikan keinginan mereka untuk menguasai Putrajaya.
Cuma yang menjadi persoalan, mengapa PAS yang selama ini sangat berhati-hati dan seringkali menaruh syak wasangka terhadap agama lain, tiba-tiba turut terseret dan menjadi pak angguk yang paling tegar? Apakah kerana PAS berasa megah kerana mereka dapat membantu DAP untuk mengaut sebanyak mungkin undi kaum Kristian atau sebenarnya PAS begitu jahil?
Bab PKR tidak perlulah diperkatakan. PKR adalah lalang yang ditiup angin. Puak ini sememangnya tiada pendirian. Perkara terpenting bagi mereka adalah Anwar Ibrahim. Apa-apa sahaja yang dilihat boleh membantu Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, mereka tidak akan teragak-agak untuk menyokong walaupun sokongan dan pembabitan mereka akan menyebabkan umat Islam serta orang Melayu khususnya mengalami kerugian besar.
Apatah lagi kebanyakan manusia dalam PKR adalah manusia hipokrit yang kecewa kerana gagal mendapat sesuatu ketika berada di dalam UMNO atau golongan anak muda yang berasakan rebellious merupakan aksi yang terbaik untuk mereka, sekaligus cuba membuktikan mereka lebih bijak dan lebih idealis berbanding UMNO yang dianggap sudah lapuk.
Permainan yang melibatkan Evangelist dan DAP sebenarnya adalah permainan yang sangat merbahaya. Tidak mungkin para pemimpin DAP tidak tahu bahawa isu agama dan isu akidah merupakan isu yang paling sensitif, bahkan mampu mencetuskan peperangan seandainya tidak dicegah dari awal.
Perlembagaan Malaysia, terutama Artikel 11 yang memperkatakan tentang kebebasan beragama, mempunyai had dan sempadan pada Fasal 4 Artikel yang sama, apabila turut menegaskan umat Islam di negara ini tidak boleh didakwahkan dengan sebarang cara untuk memeluk agama lain.
Kalau kita perhatikan, setiap kali memperkatakan tentang kebebasan beragama, atau ketika DAP dengan bantuan Majlis Peguam untuk menghalalkan pemurtadan, mereka akan merujuk Artikel 11 tetapi mereka tidak akan sesekali menyentuh tentang Fasal 4. Dan menariknya, walaupun mereka cuba menegakkan pendapat mereka berdasarkan Artikel 11, mereka menentang keras Fasal 4.
Sentimen yang sedang dimainkan oleh DAP sebenarnya sangat merbahaya. Pada 10 Mei 1969, sejurus selepas berjaya menawan kerusi-kerusi bandaran, DAP dan GERAKAN dengan ‘kerjasama’ beberapa parti lain, termasuklah NGO serta entiti yang mengawalselia perjalanan sekolah-sekolah vernakular membangkitkan kempen HALAU MELAYU BALIK KAMPUNG.
Pada ketika itu, gerakan menentang Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan begitu berleluasa. Malaysian Malaysia yang merupakan propaganda PAP meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Dan apabila PAP disingkirkan dan Singapura dikeluarkan dari Malaysia, saki-baki manusia yang sebangsa dan sefikiran dengan Lee Kuan Yew melihat ruang yang ditinggalkan. Mereka perlu mengambil kesempatan yang ditinggalkan itu dan mengisinya.
Puncanya mudah… kalau Lee Kuan Yew berjaya, mengapa pula mereka mesti gagal?
Dan tindakan-tindakan tegas yang diambil oleh Tun Abdul Razak selepas itu, bukan sahaja menggagalkan cita-cita DAP yang merupakan peninggalan PAP, ditambah pula dengan pengukuhan Bahasa Melayu, kedudukan Islam selain penguatkuasaan terhadap anasir-anasir subversif yang cuba menimbulkan kekacauan menerusi kebencian kaum dan agama, menutup mulut mereka untuk beberapa ketika.
Lim Kit Siang sendiri terperosok dalam kandang ISA selama beberapa tahun dan selepas keluar, dia kelihatan ‘baik’ sedikit sehinggalah pada zaman Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri!
Apa yang berlaku sekarang, sebenarnya adalah pengulangan peristiwa pada tahun 1969. Bezanya kali ini ialah, subversif kali ini lebih berani dan lebih terbuka, memandangkan mereka mendapat sokongan Melayu dan puak-puak yang mengaku beragama Islam.
Sehingga kini, umat Islam masih tidak melihat sebarang tindakan konkrit yang diambil oleh kerajaan Najib Abdul Razak, sebaliknya Najib Abdul Razak cuba mengatasi masalah-masalah ini dengan cara bertolak ansur dan berlembut hati selain ‘merasuah’ dengan pelbagai kemudahan serta peruntukan untuk mengambil hati puak-puak yang terbabit.
Namun berjayakah kaedah yang diambil oleh kerajaan sekarang? Pada ketika Pakatan Rakyat sedang bermain sentimen kebencian agama, apakah kerajaan yang ada, lebih gemar menjadi pendiam kerana bimbang dicop menggunakan segala kemudahan dan media untuk bersikap RASIS dan anti agama lain?… tuduhan yang sebenarnya sudah pun dimulakan semenjak PRU12 walaupun hakikatnya DAP dan puak Pakatan Rakyat yang sangat memanipulasi agama untuk kepentingan politik mereka?

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.