Friday, August 5

Khalid Dah Gagap Dengan PAS.


Isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Rabu malam  ketika berlangsung majlis yang dikatakan makan malam muhibbah yang turut dihadiri oleh 12 orang Islam semakin jelas.
Di satu pihak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim  dari PKR menyuarakan rasa kesal atas kejadian itu sebaliknya Exco Agama Datuk Dr Hasan Ali dari PAS  mempertahankan tindakan JAIS.
Mereka yang mengikuti isu ini dari awal mendapati ada usaha untuk mencetuskan kemarahan kepada Barisan Nasional di mana ada portal pembangkang mendakwa ia mungkin dijalankan atas arahan Putrajaya.
Gelagat ini sudah menjadi kebiasaaan kebelakangan ini apabila ada ada sesuatu yang dirasai boleh mencetuskan rasa marah orang Kristian.
Serbuan oleh pihak JAIS dan polis itu dibuat pada jam 10 malam.
Penganjur berang kerana mendakwa majlis makan malam itu diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bernada  macam orang nak minta maaf saja berkata menerusi satu kenyataan  beliau secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.
Katanya beliau telah minta JAIS menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.
Menteri besar menegaskan bahawa kerajaan Selangor selalu menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka.
Dr Hasan pula dalam kenyataannya menegaskan, pemeriksaan itu dilakukan selepas JAIS mendapat bukti adanya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini pada majlis berkenaan.
Beliau memberitahu ada 12 orang Islam menghadiri majlis berkenaan.
Mereka tidak ditahan tetapi  akan disiasat di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995 yang memperuntukkan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.
"Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
"Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan JAIS untuk siasatan lanjut," jelasnya.
Dalam pada itu, Hasan menjelaskan anggota penguat kuasa JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.
Menurut beliau penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.
Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.
“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.