Thursday, August 25
Menteri H20 diugut?Apa motifnya.
Berita ini cukup menggemparkan,
Menteri Dalam Negeri DS Hishammuddin Hussein terima 2 butir peluru hidup dalam sampul surat yang dihantar melalui pos ke pejabatnya di Putrajaya pukul 2 petang tadi.
H2O seorang menteri yang baik, berhemah budi pekerti, tidak pernah marah atau meninggikan suara pun menjadi sasaran pendengki khianat.
Adakah kerana H2O mendedahkan bahawa kegiatan menjual orang boleh untung RM 5 billion menyebabkan beliau dihadiahkan peluru?
Atau kerana usahanya berjaya menggagalkan perhimpunan bershit 2.0? Atau isu KDN nak saman Mak Lampir.
Harap pihak KDN melalui PDRM dapat menangkap siapa dalangnya?
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerima dua butir peluru hidup dalam sebuah sampul surat yang dihantar melalui pos ke pejabatnya di Putrajaya pada 2 petang tadi.
Beliau berkata, selain peluru, sampul surat itu juga mengandungi sebuah buku yang diselitkan nota ugutan.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ikhlasiyah di Pantai Dalam dekat sini, beliau bagaimanapun enggan memberitahu kandungan nota ugutan tersebut."Saya mengesahkan bahawa hari ini saya menerima dua butir peluru hidup yang dihantar melalui pos ke pejabat saya dan saya juga menerima ugutan. Ini adalah kali pertama saya menerima surat ugutan serta peluru.
"Surat itu diterima oleh seorang pegawai saya dan beliau sudah pun membuat laporan polis," katanya.
Hishammuddin berkata, perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.
"Saya melihat ini sebagai satu perkara yang serius. Bagaimanapun ini tidak akan menjejaskan dan melunturkan semangat saya untuk terus menjalankan tugas dan terus bekerja seperti biasa yang diamanahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melalui jawatan yang saya pikul," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.