Shah Alam, 8 Ogos- Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) terkejut dengan tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor merangkap Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang tidak faham prosedur dan undang-undang di Selangor.
Amat malang Pas Selangor yang kini dipimpin Khalid Samad sebagai Timbalan Pesuruhjayanya tidak faham prosedur dan undang-undang dengan terus mencela, mendesak dan mengutuk tugas yang dilaksanakan oleh JAIS. Khalid lebih berminat meraih sokongan politik murahan dari menyelesaikan persoalan yang rumit dan sensitif ini,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.
Ujarnya, kenyataan Khalid Samad yang mencemuh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hassan Ali menjadikan isu membaptis orang Melayu di Gereja Methodist Damansara Utama yang diserbu oleh JAIS menjadi polemik yang sangat hangat dipasaran.
“Lebih hebat dari itu, rakyat Selangor kini sedang ditontonkan dengan tendang terajang politik Pas yang bergaduh sesama sendiri dalam menangani isu Murtad yang membelenggu umat Islam khususnya di Selangor.
Juga bertambah malang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinannya yang selama ini sangat lantang mempertahan kepentingan Islam kini menikus. Mereka seolah-olah menyokong usaha memurtadkan umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.
Tambahnya, tindak tanduk pegawai penguatkuasa JAIS dalam isu ini dipercayai berlandaskan peruntukan undang-undang Enakmen Jenayah Islam Selangor yang terpakai untuk seluruh umat Islam yang berada di bumi Selangor. Rakyat yakin pasukan JAIS telah membuat pelbagai penyelidikan, risikan dan intipan sebelum ini bagi memastikan kes ini sahih.
Menurut sumber, gerakan Katolik membaptis orang Melayu & muaalaf di Selangor kini berjalan dengan sangat aktif. Peristiwa yang berlaku digereja methodist itu merupakan 'Tips of Iceberg' yang sangat menyentuh hati dan perasaan umat Islam.
”Adalah amat dikesali Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tunduk kepada tekanan barisan EXCO Dap dan mengambil pendekatan menyalahkan JAIS dalam isu ini. MB wajar memahami Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dengan lebih fasih sebelum mengambil pendirian yang sangat berat sebelah menghentam pasukan penguatkuasa JAIS.
”Adalah amat dikesali Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tunduk kepada tekanan barisan EXCO Dap dan mengambil pendekatan menyalahkan JAIS dalam isu ini. MB wajar memahami Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dengan lebih fasih sebelum mengambil pendirian yang sangat berat sebelah menghentam pasukan penguatkuasa JAIS.
GAPS mengesa agar semua pihak akur kepada kedaulatan undang-undang di negara ini yang menyebut soal kebebasan beragama seperti yang terkandung dalam Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Jika kedua-dua perkara ini di patuhi tidak timbul soal ada usaha mubaligh katolik yang beria-ia mahu memurtadkan umat Islam,” tambahnya.
Kes membaptis umat Islam ini amat malang dan menyedihkan kerana ianya berlaku dan ini bertentangan dengan undang-undang di negara ini. Sudah jelas lagi bersuluh kerajaan Dap, Pkr dan Pas Selangor telah menguris hati dan perasaan umat Islam di Selangor dalam bulan Ramadhan ini.
GAPS berdoa agar Tragedi Natrah kekal menjadi lipatan sejarah. Hanya kebijaksanaan pemimpin negara yang berjiwa besar sahaja yang mampu merungkai isu agama yang sensitif dan rumit ini.
MKP kata APa dah jadi adakah kita berada diakhir zaman.Khalid Bukan setakat gagap akan tetapi buta undang-undang.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.