Tuesday, August 23
Pemuda Pas Penang takut nama jadi buruk bila dikatakan mereka demo sokong Jais
Pemuda PAS baru nak angkat muka dan bersuara,sumber yang sahih menyatakan bahawa masa demo hari tue semua pemuda PAS yang hadir kebanyakkan mereka datang dari markas PAS jelutong ,sungai pinang dan datuk keramat mungkin yang hadir tidak sehebat yang depa rancang.sebab tue kenyataan ini dikeluarkan,malulah puak Pemuda PAs nie.abang besaq dah berdehem kot?,sapa lagi abang taiko DAP yang sekarang suka la!apabila depa nie pakat tarik hand-break.Tadi semasa jumpa geng yang dok sembang ana nie kata abang taiko dah bagi kata dua,hampa tarik balik atau buat kenyataan kalu tidak peruntukkan tak sampai dekat hampa,sungguh bacul puak pemuda pas nie kena cucuk hidung rupanya,,,,,kesian.....................................
PULAU PINANG, 22 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang tidak pernah berdemo menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Masjid Simpang Enan sepertimana yang tersiar di Utusan online baru-baru ini.
Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamuddin berharap Utusan online lebih berhati-hati ketika menyiarkan berita seumpama itu kerana ia boleh memburukkan nama baik Dewan Pemuda PAS negeri.
Sebenarnya, jelas beliau perhimpunan selepas solat Jumaat tempoh hari dianjurkan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Hafiz Nordin menerusi badan bukan kerajaan (NGO) yang diterajuinya.
"Jika Dewan Pemuda PAS Negeri nak anjurkan, bukan 20 yang hadir malahan ratusan. Kami mempunyai displin sebab tidak memandai-mandai buat demo sebab ia belum mendapat rumusan daripada PAS sendiri ekoran pembatalan di saat akhir oleh pihak Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) serta Jais untuk berjumpa pemimpin PAS," jelasnya.
Katanya, kesan berita yang tidak tepat itu menyebabkan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mendapat kencaman hebat daripada blogger yang tidak mengetahui perkara sebenar.
"Sedangkan Dewan Pemuda PAS negeri tidak tahu menahu soal demo secara aman berkenaan," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.