Tertanya-tanya apakah PAS masih ingin bersama DAP dalam Pakatan mereka... Di depan manis tetapi di belakang pisau dihulurkan!!!!
JAIS-Gereja-Hassan Ali: Bermain Api?
Oleh Lim Swee Guan Timbalan Pengarang Sinchew Daily News Tarikh: 8 Ogos 2011 (Isnin)
Apa yang membuat orang tidak faham di sini, apa yang berlaku pada 3 Ogos itu dimana pihak JAIS menggeledah dan memecah masuk Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Selepas selang sehari MB Selangor dalam ucapannya rasa kecewa tentang peristiwa itu dan meminta JAIS ajukan laporan; dan Teresa Kok Suh Sim pula memberitahu, pada hari tersebut semua ahli exco mengadakan perbincangan, Hassan Ali dan Ketua JAIS berkata mereka tidak tahu menahu tentang perkara itu.
Tidak disangka pada malam hari itu pula Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS itu.
Sebenarnya siapa yang bercakap bohong? Besar kemungkinan kerajaan negeri sudah tidak dapat kawal Hassan Ali lagi. Jabatan Agama Islam Pusat juga mungkin telah nampak bahawa Hassan Ali sudah tidak sehaluan dengan kerajaan negeri Selangor. Dengan itu jawatan pengerusi agama Islam negeri yang disandang beliau ditarik balik, walau bagaimana pun tindakan itu masih tidak mencukupi, sepatutnya mereka lucutkan jawatan Exco Hassan Ali.
Jika Pas mahu ambil jalan tengah, Pas sepatutnya tidak boleh ikut sama rentak mengiyakan tindakan pegawai-pegawai JAIS. Pas sepatunya menjadi salah satu pemimpin dalam agama Islam, sepatutnya Pas mempunyai perhubungan di antara agama lain, tindakan yang mana boleh buat dan yang mana yang dilarang, diperinci dan diperjelaskan dengan teliti, supaya dapat menghalang gangguan dari orang tengah yang mahu merosakkan parti itu, dan pihak luar dikhuatiri dapat ambil kesempatan tarik pengundi yang di tengah-tengah itu.
Sebelum ini, berlaku isu melarang penjualan tiket judi di negeri Kelantan, dan kerajaan Kedah pula keluarkan arahan melarang aktiviti pusat hiburan pada bulan Ramadan (telah ditarik balik), ini menunjukkan bahawa puak konsevatif dalam Pas masih kuat; isu menggeledah gereja itu juga boleh menentukan sama ada Pas boleh lakukan perubahan ataupun tidak.
Jika ia dapat diselesaikan dengan aman, tindakan Pas barulah tepat, wajar dan akan dapat hasil yang terbaik.
Pegawai-pegawai agama juga perlu disekolahkan, mereka kena faham apa itu maksud penyebaran agama dan apa itu maksud menghadiri aktiviti amal di gereja, mereka tidak sepatutnya memasuki kawasan agama lain untuk laksanakan tugas-tugas mereka.
Jika di antara agama itu tidak boleh berhubung, jika menghadiri aktiviti NGO dan aktiviti amal, ia bukan sahaja dapat saling memahami antara satu sama lain, jika tindakan itu berlaku ia hanya akan semakin terpisah di antara mereka.
Bayangan-banyangan ini menunjukkan, majlis makan malam itu akan jadi isu politik. Suratkhabar berbahasa Melayu dalam dua tiga hari ini telah membuat liputan mengatakan: “ada pertubuhan yang mengeluarkan peruntukan tarik orang Islam tukar agama”. Ini adalah tuduhan yang agak luar biasa.
Tentang isu Naib Censelor UNiSel letak jawatan, surahkhabar Melayu dalam beberapa hari ini juga asyik menghentam kerajaan negeri Pakatan Rakyat; pihak musuh politik mungkin akan ambil kesempatan menggunakan isu majlis makan malam itu untuk merosakkan Pakatan Rakyat, dan mereka akan dapat raih tiket undi orang-orang Islam.
Isu agama itu sangat sensitif, sepatutnya tidak boleh menggunakan isu agama untuk raih tiket undi, ini adalah martabat paling rendah dalam permainan dan percaturan politik. Jika bermain politik tidak ikut paraturan, umpama mereka ini sedang bermain api.
Sin chew daily mlampau. Nanyang siang pau pula bodoh. Die suruh org mlayu hormat kontrak sosial bile die bercakap psl sekolah pelbagai harian. Tapi bile hak istimewa bumiputra, die x nk pulak ckp psl hormat kontrak sosial. Sebaliknya dia ckp hak bumiputra x adil. Die ckp psl kuota@universiti khas utk bumiputra, bkn ke itu tmasuk dlm hak istimewa melayu??? Mana pergi hormat die dkt kontrak sosial?? Harap kerajaan tegas utk ubah sistem pendidikan negara. Hapuskan sekolah vernakular. Hidupkan sekolah satu aliran!! Kalau x, makin ramai la ultra kiasu yg lahir, contohnye pgarang nanyang Loh hon chew.
ReplyDeletesetuju dengan cadangan vader.
ReplyDelete