Sunday, August 21
SMS Palsu Bulan Mengelilingi Kaabah.
Korang percaya ke dengan SMS yang menyatakan Bulan akan mengelilingi Kaabah. Massage yang tersebar secara meluas tu diterima kononya daripada Dato Mazlan dan berbunyi begini;
"Daripada Dato Mazlan astrology .. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi) .."
Fakta yang perlu korang ketahui :
@ Bidang Datuk Mazlan sebenarnya adalah AstroFizik dan bukannya Astrology.
@ Gelaran yang diterima oleh Mazlan Othman adalah Datuk dan bukannya Dato'. Rujuk Wikipedia
@ Yang nie yang paling kelentong sekali. Macam mana pengirim SMS tu boleh tahu, masa tu adalah saat² doa dimakbulkan ? Cuba la korang fikir betul².
Nie pulak email keterangan yang diterima dari Planetarium Negara, Kuala Lumpur petang tadi.
Tuan/Puan:
Salam sejahtera.
Hari ini pihak Planetarium Negara telah menerima banyak panggilan tentang sms yang orang awam terima. Sms adalah seperti berikut:
Daripada Dato Mazlan astrology .. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi) ..
Berdasarkan Peta Bintang di Mekkah pada 20 Ogos 2011 jam 3:25 am (seperti attachment). Didapati kita berpeluang melihat 67.88% Bulan di langit (Bulan terbit pada jam 22:43 pm di timur dan terbenam pada 11:21am di barat). Bulan berdekatan dengan planet Musytari (Musytari terbit pada 22:43 pm dan terbenam pada 11:25 am). Dan tiada fenomena astronomi yang berlaku pada waktu tersebut.
*Waktu mengikut waktu di Mekkah
Sekian dimaklumkan.
Terima kasih.
Chen Chen
Pegawai Sains
Planetarium Negara,
Agensi Angkasa Negara
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.