Friday, August 26

Tahun Nie MerdekaRaya di Permatang Pauh.



Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim



Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari, katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu, katanya.
Beliau berkata masyarakat setempat termasuk mereka yang tinggal berdekatan seperti dari kawasan utara Perak dan selatan Kedah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut.


“Di situ kita akan lihat senario berhari raya dalam suasana kampung yang meriah dengan harapan majlis itu akan mencerminkan sesungguhnya gagasan 1Malaysia itu terbukti dapat mengukuhkan perpaduan sesama rakyat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya di Kompleks Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, hari ini.
Rais turut menyarankan agar masyarakat membuang segala bentuk perbalahan, persengketaan dan sifat saling melagakan antara satu sama lain sebagai menghargai kedatangan perayaan berkembar, 1 Syawal dan Hari Kemerdekaan hujung bulan ini.
“Pemahaman dan keinsafan menerusi perayaan itu perlu diterjemahkan melalui ‘buang yang keruh ambil yang jernih’ dengan meletakkan maknanya di suatu tempat di sudut hati walau apa sekalipun tugas dan latar belakang seseorang itu,” katanya.
“Lantaran sambutan kemerdekaaan 31 Ogos dan Hari Raya Aidilfitri mungkin jatuh pada hari yang sama maka azam kita untuk meninggalkan sifat-sifat runcing, sifat-sifat tajam, sifat-sifat antagonistik atau sifat-sifat yang melaga-lagakan atau dalam peribahasanya yang berada dalam keadaan keruh itu perlu diketepikan.
“Hal-hal yang berkaitan dengan persengketaan atau pertembungan pendapat pada hari itu harus diketepikan sebab Hari Kemerdekaan itu penting bagi setiap warga bukan hanya bagi mereka yang berada dalam kerajaan ataupun yang berada dalam perkhidmatan tetapi ia adalah untuk semua,” katanya lagi.
Rais berkata jika perayaan itu jatuh pada hari yang sama maka kesucian dari kedua-duanya mesti diterjemahkan menerusi kerelaan untuk memberi panduan hidup yang baik lebih-lebih lagi buat mereka yang bergelar pemimpin.
Beliau berkata menghargai Aidilfitri dan kemerdekaan bukan hanya dari segi sebutan sebaliknya mesti dibuktikan melalui perbuatan, pengajaran kisah lama serta menerusi kibaran Jalur Gemilang.

Matkilau Penang kata:Tahun nie kita tengok apa Reaksi Al-Juburi apabila  dibuat DiPematang pauh.ayuh warga Permatang pauh kita ramai-ramai berkunjung kerumah terbuka tersebut.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.