Tuesday, August 16
Tsu Koon berani bertanding di P.Pinang pada PRU 13
PULAU PINANG 15 Ogos - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dicabar bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi membuktikan beliau masih relevan serta diterima rakyat Pulau Pinang.
Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, ini kerana meskipun dikritik pelbagai pihak, Tsu Koon seolah-olah tidak tahu malu apabila terus menyalahkan orang lain semata-mata untuk mempertahankan dirinya yang didakwa telah membawa banyak sumbangan kepada negeri ini sepanjang 18 tahun menjadi Ketua Menteri.
Sedangkan kata Tee Beng, Tsu Koon kalah dengan majoriti hampir 10,000 undi pada pilihan raya umum lalu yang secara jelas menunjukkan kebenaran kritikan yang dilemparkan terhadapnya selama ini.
"Tapi dia (Tsu Koon) buat-buat tak faham dan mendakwa rakyat negeri ini masih menyokongnya. Kalau sokong kenapa boleh kalah dengan majoriti 10,000 undi.
"Oleh itu, saya cabar dia bertanding di Pulau Pinang, jangan menjadi pengecut nak bertanding di Johor atau tempat lain. Kita tengok nanti sama ada dia boleh menang atau tidak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tsu Koon baru-baru ini membidas tindakan beberapa individu termasuk bekas pemimpin Gerakan yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.
Tee Beng memberitahu, Tsu Koon juga sepatutnya berundur dari arena politik selepas tewas dalam pilihan raya seperti yang dilakukan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.
"Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu sanggup berundur kerana berasa bertanggungjawab atas kekalahan partinya. Presiden SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam pun bertindak sama bila kalah.
"Tapi dia (Tsu Koon), bukan saja enggan berundur, malah dengan muka tebal masih ada di Parlimen. Bukan buat apa, cuma jalan sana, jalan sini ikut Perdana Menteri.
"Dia kata tidak mahu terima jawatan Senator, tetapi yang berlaku sebaliknya. Dia sanggup menjadi menteri atas tiket Senator. Orang ini memang tidak tahu malu," ujarnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga diminta berhenti memberi kredit kepada dirinya atas kemajuan Pulau Pinang sedangkan pembangunan itu sebenarnya dirancang bekas Ketua Menteri, Tun Dr. Lim Chong Eu.
"Projek itu hanya dilaksanakan semasa dia mentadbir, sedangkan perancangannya itu dibuat pemimpin sebelum itu. Agaknya memang sudah jadi trend, siapa yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sikapnya sama hanya pandai mengambil kredit (atas jasa) orang, sama seperti Ketua Menteri sekarang (Lim Guan Eng)," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.