Saturday, September 24

Ajing Kurap Lebih Baik Dari Namewee.


Andaikata saya mempunyai wang lebihan RM10, saya sanggup membelikan makanan untuk diberikan kepada anjing kurap di tepi jalan daripada ke pawagam menonton filem arahannya.Ia hanya kerana Musibat nie pernah membuat onar KLIK DISINI

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa arahan penarikan video 'Undilah' adalah kerana pengumuman khidmat awam (PKA) berkenaan masih belum mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM hari ini, arahan tersebut dibuat hasil pemantauan pematuhan secara rutin mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang dijalankan SKMM ke atas video karya pemuzik Pete Teo itu.
"Di dalam kes pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo dan atas hasil pemantauan pematuhan secara rutin yang dibuat oleh SKMM, di dapati PKA tersebut belum mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen. Oleh itu PKA tidak sepatutnya disiarkan di televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan," kata SKMM.
Menurut SKMM, demikian juga di bawah AKM 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan. 

"Arahan ini adalah mengenai pematuhan oleh pihak penyiar dan bukannya kandungan PKA berkenaan," kata kenyataan itu. 

Antara yang muncul dalam video yang menampilkan 40 personaliti itu adalah ahli-ahli politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, artis tempatan dan ahli sukan. 

Video selama 4.38 minit yang dilancarkan sempena Hari Malaysia minggu lalu menyeru rakyat untuk keluar mengundi. 

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.