Monday, September 26

Akta Polis yang lebih relevan



Penjelasan ringkas di sini adalah kajian yang akan dibuat kelak akan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan


Seksyen 27 Akta Polis 1967 secara jelas memperuntukkan empat perkara iaitu pertama: Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah berkenaan.


Kedua, sebelum mengadakan perhimpunan sama ada di dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperoleh demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.


Ketiga, ketua polis daerah boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan yang keempat, kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budibicara polis dan perhimpunan biasa di dalam bangunan kebiasaannya dibenarkan.



Inilah yang akan dikaji oleh kerajaan dan keputusan ini turut disambut baik oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.


Bagi Ismail, akta baru yang akan diperkenalkan kelak, tetap akan menjamin keselamatan masyarakat dan pada masa sama, polis dapat melaksanakan tanggungjawabnya demi memastikan keamanan dapat diwujudkan.


Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, kita sepatutnya berterima kasih dengan perubahan yang dilakukan kerajaan ini kerana segala apa yang diumumkan ini sebenarnya adalah transformasi politik negara yang sudah mengecap kemerdekaan selama 54 tahun.


Dan kita juga mengharapkan, perubahan Seksyen 27, Akta Polis itu nanti tidak membebankan kedua-dua pihak iaitu orang ramai dan kerajaan.Akta baru itu juga perlu disesuaikan dengan kewujudan masyarakat Malaysia yang semakin meningkat bilangannya, selain 'cabaran' yang diwujudkan oleh mereka.


Walau apa pun, apa yang dilakukan Perdana Menteri ini sebenarnya memberi nafas baru kepada istilah demokrasi untuk terus subur di negara ini, bukannya berasaskan agenda politik dan masyarakat seharusnya pembaharuan yang akan dilaksanakan ini.Bagi PDRM pula, kita yakin mereka akan terus melaksanakan tugas menjaga ketenteraman awam walau apa jua bentuk cabaran dihadapi.Diharapkan pindaan undang-undang ini memberi mereka semangat baru untuk terus berbakti kepada negara.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.