Sunday, September 11

Guan Eng Buat Hal Lagi!



Inilah padahnya jika tersilap pilih.nak kata apa kuasa ditangan mereka DAP,Kerajaan negari dilihat seolah=olah tidak memperdulikan nasib rakyat yang mencari makan disektor pelancongan dibatu feringghi.Umum tahu apa Pulau pinang terkenal dengan pantai dan aktiviti pantainya.akan pupuslah satu lagi tarikkan pengunjung kesini.Yang rugi sapa rakyat Pulau Pinang jugak.Bagi mereka yang berkecimpung dalam sektor ini bolehlah mencari alternitif lain.alasan yang diberikan agak ditadak masuk akal.jika dikira kemalangan boleh berlaku dimana sahaja akan tetapi cara penyelasaian kurang bijak oleh DAP dan kroni.oleh itu UMNO yang prihatin terhadap rakyat telah mengesa dikaji semula. 

UMNO Pulau Pinang hari ini menggesa kerajaan negeri mengkaji semula pengharaman aktiviti jet ski dan belon udara di kawasan pantai dengan mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kerajaan negeri sepatutnya memikirkan kepentingan 12 pengusaha aktiviti berkenaan yang mengalami kerugian dan kira-kira 200 pekerja yang hilang sumber pendapatan ekoran tindakan itu.

"Tindakan itu juga memberi kesan kepada kemasukan pelancong. Mereka mungkin tidak mahu lagi datang ke Pulau Pinang kerana tiada lagi sukan air,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian dermasiswa Bank Persatuan 2011 di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan, bukannya mengambil tindakan mudah dengan mengharamkan aktiviti berkenaan apabila timbul sebarang masalah.

"Pada saya langkah kerajaan Pulau Pinang kurang tepat dan kurang wajar. Tak tahulah dari mana kerajaan negeri dapat nasihat.

"Sepatutnya mereka memikirkan langkah yang lebih bijaksana seperti mengambil langkah pencegahan, menyediakan garis panduan dan melaksanakan penguatkuasaan bagi mengelak sebarang kemalangan,” katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.