Friday, September 23

Guan Eng tidak patut sabotaj negeri lain



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak sepatutnya memandang rendah dan mensabotaj negeri lain semata-mata untuk menarik pelabur asing ke negeri yang dipimpinnya. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Lim memburuk-burukkan Johor dengan menyatakan negeri berkenaan tidak sesuai untuk pelaburan, akan memberikan gambaran yang tidak baik kepada Malaysia dan turut memberi kesan kepada negeri lain.

"Jangan memandang rendah, jangan sabotaj dengan perkataan jahat yang niatnya tidak baik untuk menyekat atau menghalang...ini memberi gambaran yang tidak baik kepada Malaysia.
"Ini (memburuk-burukkan Johor) satu tindakan yang tidak sepatutnya," katanya Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, dalam satu temuramah sebuah stesen radio di Australia dilaporkan berkata Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang. 

Kenyataan Lim itu dibuat sebagai cubaan untuk mengalihkan pelaburan Australia di Johor ke Pulau Pinang. 

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata Lim sepatutnya sedar bahawa pelabur tidak akan datang ke Pulau Pinang sekiranya tiada sokongan daripada Kerajaan Pusat. 


Malah, beliau berkata Lim juga seharusnya sedar bahawa asas pembinaan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri perindustrian di Malaysia sudah pun terbentuk sejak sekian lama sedangkan DAP baru sahaja memerintah negeri itu tiga tahun lalu. 

"Jadi atas dasar itu sepatutnya tidak ada perasaan bongkak dan sombong pasal dia kata negeri dia sahaja yang paling baik dan negeri lain tidak baik. 

"Ini sikap pembangkang yang bagi saya memang tidak adil. Dia boleh kempen atau promosi macam saya promosi Johor tetapi kalau pelabur kata mahu ke Pulau Pinang, mereka boleh pergi asalkan datang ke Malaysia kerana ia memberi kesan berganda. 

"Kalau pelabur melabur di sana pun (Pulau Pinang), kesannya kepada seluruh negara kerana bila dia eksport, negara dapat tukaran wang asing, peluang pekerjaan turut diterima rakyat dari seluruh negara," katanya. 

MKP kata guan eng nie memang jenis suka jaga tepi kain orang,Orang Penang dah tolak guan eng nie lidah bewak.Sebab tue dok jolok negeri johor pulak.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.