Isu kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai peristiwa Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan negara terus mencuri perhatian ramai sekalipun sudah berlarutan beberapa hari.Ini lebih-lebih lagi bila rakan politiknya Karpal Singh yang Isnin lalu menyifatkan kenyataan itu tidak wajar,Khamis mendesak pula Timbalan Presiden PAS itu menarik baik kenyataannya.
Pengerusi DAP itu bimbang tindak tanduk itu memberi kesan negative terhadap pakatan pembangkang.
"Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya. Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif," kata Karpal Singh.
Namun Mat Sabu tetap tidak mahu berganjak apa lagi meminta maaf kerana membuat kenyataan yang menyakitkan hati ramai pihak .
Beliau sebaliknya terus dengan dakwaannya perkara itu hanya putar belit akhbar Utusan Malaysia dan dijadikan isu oleh pemimpin-pemimpin Umno.
Haprakahdaily memetik beliau sebaga berkata pasal apa nak minta maaf.
Beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis yang telah pun menghubunginya untuk disoal siasat.
Karpal Singh yang mahu mat Sabu menarik balik kenyataannya berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mat Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya," kata Karpal Singh.
Mat Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lepas didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Karpal Singh berkata Timbaan Presiden PAS itu sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
"Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini," katanya.
"Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini," katanya.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyatan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan pembangkang.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.