Thursday, September 8

KENYATAAN MEDIA: 1AGENDA SELAR PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SEBAR FITNAH




1AGENDA terpanggil untuk menyatakan pendirian berkaitan dengan isu semasa yang melibatkan Timbalan Presiden Pas, Sdr Mohamad Sabu dan Kenyataan beliau semasa berceramah di Pulau Pinang, mengenai isu Sejarah Bukit Kepong.

Selepas menonton paparan video ceramah Pemimpin Pas ini  yang dimuatnaik ke laman youtube, 1AGENDA merasakan wajar siasatan menyeluruh, telus dilakukan bukan sahaja kepada Mohamad Sabu tetapi juga kepada mereka yang bertanggungjawab memuatnaik video tersebut.

Mereka yang terlibat merakam dan memuatnaik video ini, pasti dapat membantu siasatan di dalam memastikan agar fakta serta pernyataan Mohamad Sabu adalah sah dan tidak disunting.

Pernyataan Mohamad Sabu semasa ceramah tersebut, sekiranya benar, mesti dikenakan tindakan kerana ianya jelas bersifat HASUTAN dengan tujuan untuk menukar fakta sejarah negara demi memuaskan kehendak politik parti yang diwakilinya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu memainkan peranan kerana isu ini tidak sekadar seperti yang dipertontonkan melalui video tersebut malah ianya terus dibanjiri dengan pernyataan beberapa individu tidak bertanggungjawab melalui laman media sosial lain termasuk twitter dan facebook.

Sebagai sebuah NGO Media Sosial berdaftar, 1AGENDA merasakan kejadian (mengangkat Mat Indera sebagai pejuang), adalah sesuatu yang dirancang bagi memperlekehkan Perjuangan Pemimpin Kemerdekaan terdahulu.

Perbuatan tidak bertanggungjawab Mohamad Sabu ini bukan sahaja menjelekkan malah ianya merupakan cerminan sikap rakus seorang Timbalan Presiden Parti yang hanya mementingkan populariti dan perjuangan sempit politiknya sehingga mengenepikan sensitivi Pewaris kepada Pejuang (Polis dan Keluarga) Bukit Kepong yang masih hidup. Tindakan ini memang tidak Islamic kerana mempertikaikan yakni memburukkan mereka yang telah meninggal dunia.

1AGENDA memandang serius isu penyalahgunaan media sosial sebagai medan untuk menfitnah dan menghasut rakyat sekaligus menyokong cadangan Tindakan Mahkamah oleh Waris Pejuang Bukit Kepong terhadap Mohamad Sabu bagi memastikan budaya fitnah melalui media sosial ini tidak berleluasa serta menjadi iktibar kepada yang lain.

Jelaslah bahawa  skop siasatan haruslah lebih luas dengan kadar segera bagi memastikan isu ini tidak berpanjangan. SKMM perlu memainkan peranan terutama yang melibatkan beberapa akaun twitter dan facebook milik individu yang menjadi alat memanjangkan 'fakta sejarah palsu' Mohamad Sabu ini.

Di akhirnya, 1AGENDA ini memohon agar semua pihak terlibat agar lebih prihatin dan peka kepada sensitivi pihak lain sebelum membuat sebarang pernyataan kerana ianya boleh menggugat keharmonian negara.


Sekian. Wassalam


Hormat Dari,




ZUL AZHAR BIN CHA
Yang DiPertua

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.