Seorang warga emas Razali Ismail tidak menyangka dapat bersarapan bersebelahan Timbalan Perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin Yassin di Pasar Awam Tasek Gelugor, di sini hari ini.
Razali,75, dari Padang Menora di sini berkata ini kali pertama beliau berpeluang bertemu pemimpin kerajaan secara begitu dekat.
Pesara guru itu berkata Timbalan Perdana Menteri turut berbual dengannya.
"Beliau (Muhyiddin) tanya tentang kesihatan dan keluarga saya, walaupun perbualan itu singkat tetapi ia sangat bermakna dan jelas sekali Timbalan Perdana Menteri kita seorang pemimpin yang berjiwa rakyat," katanya.
Muhyiddin yang mengadakan lawatan kerja sehari di Pulau Pinang memulakannya dengan lawatan mesra di Pasar Awam Tasek Gelugor dan bersarapan di gerai milik Sharifah Ibrahim, 42.
Timbalan Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 20 minit menikmati kopi 'O' panas, bihun goreng dan puding.
Sementara itu, Sharifah ketika ditemui, berkata beliau membuat persediaan awal apabila mendapat tahu Muhyiddin akan melawat kawasan tempat beliau berniaga sejak 15 tahun lalu.
"Bila dapat tahu tetamu istimewa iaitu Timbalan Perdana Menteri nak datang melawat gerai-gerai di pasar saya buat beberapa persediaan, yalah 'orang besar' nak mai (datang)," katanya.
Sharifah berkata juga sangat gembira kerana Timbalan Perdana Menteri memilih untuk bersarapan di gerainya.
Selesai menjamu selera Muhyiddin kemudian mengadakan dialog dengan peniaga di situ sebelum berjalan kaki kira-kira 200 meter untuk melawat projek landasan kereta api berkembar.
Sepanjang perjalanan ke tapak projek berkenaan Timbalan Perdana Menteri sempat singgah dan beramah mesra dengan pemilik-pemilik kedai di kawasan terbabit.
Turut menyertai beliau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga Menteri di JPM serta pemimpin komponen BN negeri.
generasi baru?
ReplyDelete'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/
Media BN Media Porno. FUCK Pemimpin BN. Pemimpin BN mcm PUKIMAK.Pantat KO!!
http://blog1Malaysia.blogspot.com/