Sunday, October 30

Anwar mengata dulang, paku serpih.


Jangan ingat laporan audit negara 2010 itu hanya terpakai untuk agensi dan negeri di bawah kerajaan Barisan Nasional sahaja, sebaliknya beberapa kepincangan yang melibatkan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) juga perlu mereka jawab.
Bak kata pepatah, mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Itulah jawapan tepat terhadap kritikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengurusan wang negara berikutan laporan audit 2010.
Laporan audit antara lain menegur dua negeri di bawah PR,  iaitu Selangor dan Kelantan berhubung beberapa kelemahan atau ketidakpatuhan terhadap peraturan pengurusan kewangan selain penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri dan kawalan peruntukan yang tidak cekap.
Pelbagai kelemahan dikesan hingga menyebabkan syarikat milik penuh kerajaan negeri kurang berdaya saing di Selangor yang mana Anwar adalah penasihat ekonomi negeri tersebut.
Manakala Kelantan masih kekal sebagai negeri yang mempunyai tunggakan bayaran balik hutang yang tinggi kepada kerajaan persekutuan.
Sebab itu, apabila wartawan tanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kritikan Anwar terhadap pengurusan kewangan negara berikutan laporan audit tersebut, kata timbalan perdana menteri tersebut laporan mencakupi prestasi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri seluruh negara.
Oleh kerana itu, katanya, pembangkang tidak patut sesuka hati melabel bahawa kelemahan perbelanjaan yang didedahkan dalam laporan itu adalah bukti kegagalan program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Antara laporan audit 2010 mengenai Selangor adalah penyata kewangan negeri tersebut  berhubung hasil pendapatan kerajaan negeri yang menurun 10.9 peratus.
Pulangan pelaburan jangka panjang di Selangor juga tidak memuaskan apabila mendapat pulangan dividen rendah dan hanya 64.5 peratus projek Rancangan Malaysia Ke-9 dibiayai kerajaan negeri dapat disiapkan.
Menurut Muhyiddin, Anwar yang pernah berada dalam kerajaan dahulu sebagai timbalan perdana menteri semestinya tahu bahawa laporan Ketua Audit Negara itu sentiasa disertakan dengan teguran-teguran penting untuk memastikan perbelanjaan negara dilaksanakan dengan penuh hemah dan baik.
"Laporan ini sebenarnya menunjukkan sesuatu, iaitu tanggungjawab Ketua Audit Negara mengambil kira semua aspek dan tentulah kalau ada kelemahan-kelemahan itu perlu diperbaiki.
"Waktu Ketua Pembangkang dalam kerajaan pun, dia menerajui banyak kementerian pun, dia tahu juga perkara ini, walaupun kita membuat penjelasan kepada juruaudit tetapi teguran sebegitu amat penting juga dan ia akan disertakan di dalam laporan," katanya kepada pemberita di Sitiawan, Perak pada Khamis.
Oleh itu, Muhyiddin berharap semua kementerian dan agensi yang meneliti laporan itu supaya mengambil tindakan segera untuk memperbaiki kelemahan serta cara mereka membelanjakan peruntukan yang diberikan kepada mereka.
Laporan Audit Negara yang diumumkan awal minggu lalu juga mengandungi teguran Ketua Audit Negara yang mendapati Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Selangor tidak membincangkan perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan jabatan atau agensi untuk 2009.
Namun jawatankuasa itu bermesyuarat 4 kali untuk membuat pemeriksaan dan membincang isu berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti jabatan atau agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri 2008.
Nasihat diberi Ketua Audit Negara supaya unit audit dalaman mendapat latihan dan bimbingan yang secukupnya. Bagi memperbaiki tahap pengurusan kewangan penglibatan pegawai atau Ketua Jabatan perlu dipertingkat.
Termasuk pegawai kurang mahir atau kurang pengetahuan menggunakan budi bucara apabila membuat keputusan juga perlu dielakkan.
Selain itu, anak syarikat pelaburan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) juga mencatatkan kerugian RM122 juta pada tahun 2009.
Di sebalik kerugian itu, KDEB tetap membayar bonus bernilai RM576, 563 kepada 30 kakitangannya. Keputusan itu diluluskan oleh lembaga pengarah syarikat empat-ahli yang terdiri daripada Menteri Besar, presiden syarikat, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri.AGENDA DAILY.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.