Tuesday, October 4
Bajet 2012
Umum sedia maklum, Bajet 2012 meliputi tiga perkara terpenting dalam kos kehidupan seharian, iaitu bekalan makanan, perumahan dan pengangkutan awam.
Bermula 2007, rakyat terbeban dengan kos makanan semakin tinggi disebabkan harga makanan meningkat di peringkat global dan sikap tamak segelintir peniaga yang menguasai pasaran makanan.
Antara strategi terbaik kerajaan menangani isu ini yang mula menampakkan hasilnya ialah menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia. Hasrat rakyat agar kerajaan memperbanyakkan lagi kedai ini. Konsep Kedai Rakyat 1Malaysia sepatutnya diperluaskan untuk semua jenis barangan keperluan.
Malahan, tidak salah sekiranya kerajaan menggunakan konsep sama untuk pasar malam dan pasar tani selain memperkenalkan kupon makanan untuk rakyat yang memerlukan.Diyakini ia dapat membantu meringankan beban, selain memikirkan mekanisme jangka panjang menambahkan bekalan bahan makanan tempatan tanpa perlu diimport dari luar negara.
Kedua, dari segi perumahan.MKP tertarik apabila terdapat persatuan pemaju perumahan beria-ria menjangkakan harga rumah baru meningkat 20 peratus pada separuh kedua 2011. Bayangkan perkara ini diumumkan kepada media seminggu sebelum Bajet 2012 dibentangkan.
Apakah makna di sebalik pengumuman ini? Bagi MKP, kerajaan tidak boleh terlalu mengikut mereka. Alasan peningkatan bahan mentah binaan serta kekurangan tenaga kerja merupakan alasan lapuk. Kenapa tidak dinyatakan harga meningkat disebabkan spekulasi pemaju yang tamak demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda?
Rakyat menyedari faktor sebenar kenaikan harga rumah. Rakyat tidak boleh menerima alasan sama pemaju dan persatuan pemaju perumahan. Justeru diharapkan, sekali lagi, kerajaan mengumumkan mekanisme untuk mengawal harga bahan binaan dan spekulasi harga hartanah, di samping memperbanyakkan projek perumahan kos rendah dan sederhana serta insentif potongan cukai perumahan untuk para pembeli.
Ketiga, pengangkutan awam. Setakat ini kerajaan terlalu fokus kepada pengangkutan awam di bandar besar. Kualiti pengangkutan awam di luar bandar wajar dipertingkatkan. Kerajaan juga perlu menimbang kos-kos lain berkaitan dengan pengangkutan persendirian.
Antaranya, minyak dan tol. Di bandar-bandar besar seperti Selangor dan Kuala Lumpur terlalu banyak wang dibayar untuk tol. Tidak berbaloi membayar tol begitu banyak tetapi kesesakan tetap berlaku.
Selain ketiga-tiga faktor kos sara hidup di atas, Bajet 2012 juga perlu mengutamakan gaji pekerja. Selepas beberapa tahun tidak mendapat kenaikan gaji, ramai yang menjangkakan gaji kakitangan sektor awam akan dibuat penyelarasan. Berapakah jumlahnya bergantung kepada kemampuan kerajaan. Kita tidak mahu apa yang terjadi kepada Greece dan Eropah berjangkit kepada negara kita jika kerajaan terlalu bermurah hati meningkatkan gaji sektor awam di luar kemampuan kerajaan.
Namun demikian, dengan kos sara hidup semakin tinggi, terdapat ramai kakitangan sektor awam yang menjalani kehidupan dengan berhutang. Justeru kenaikan gaji sektor awam adalah satu lagi 'kejutan' yang diharapkan oleh kakitangan sektor itu.
Nasib kakitangan sektor swasta juga perlu dibela terutamanya dari segi gaji minimum, pelan persaraan yang lebih baik dan had umur persaraan dipertingkatkan. Bukti yang menunjukkan ramai pekerja sektor swasta tidak mampu menjalani kehidupan selesa selepas bersara dek kerana dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi, menggambarkan nasib mereka wajib dibela.
Selain memberi kejutan, dasar yang lebih menyeluruh untuk mendidik rakyat agar mengurus kewangan peribadi dengan lebih berhemah perlu diperkenalkan. Tiada guna kerajaan membentangkan Bajet 2012 yang memberi pelbagai bantuan tetapi rakyat sendiri tidak mengamalkan budaya mengurus kewangan peribadi secara berhemah.
Kerajaan sendiri sewajarnya bersedia menerima 'kejutan' krisis ekonomi global yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Antaranya, menyediakan suasana kondusif untuk merancakkan pelaburan domestik seperti mengurangkan rejim kadar faedah. Dengan cara ini, defisit bajet kerajaan tetap rendah tetapi pada masa sama pertumbuhan ekonomi enam peratus dapat dicapai pada tahun hadapan.
Ramai peniaga terdiri kaum cina dan sekarang mereka lebih cenderong kepada parti pembangkang.apabila video yang dibuat oleh kawasaki1077 telah mendapat respon dari Lim Guan eng nampak jelas apa yang diperkatakan.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.