Monday, October 24

DAP kena Tibai Pasal Hudud.


Adakah kepimpinan Melayu/Islam PKR dan PAS hanya bersuara pada ketika diberi kebenaran oleh LGE yang sememangnya kapir harbi.Masih adakah unsur islam yang diamalkan oleh kepimpinan negeri Pulau Pinang yang selama ini membisu seribu bahasa sahaja.LGE dok canang satu Pulau Pinang menyatakan kepimpinanya mengikut khalifah Umar abdul aziz atau itu hanya sandiwara politik.Ternyata yang jelas Malik Itik dan Mansor hanya membuat ketul dan duit dan tahu akan tumbang pada PRU 13.Ternyata sifat LEMBU yang kena cucuk hidung ini akan menyusahkan Umat Islam Pulau Pinang.Itu belum kes Laungan AZAN yang pernah menjadi isu panas sebelum ini.


GEORGE TOWN, 24 Okt – Anggota pembangkang hari ini membidas kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang kerana tidak berani menjelaskan pendirian mengenai beberapa isu termasuk pelaksanaan hukum hudud.
Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan Shabudin Yahaya daripada Barisan Nasional berkata setiap soalan lisan yang dikemukakan wakil rakyat BN berhubung beberapa isu termasuk hukum hudud ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim Hussain.
Bercakap kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, beliau berkata rakyat Pulau Pinang inginkan satu penjelasan daripada kerajaan negeri mengenai pelaksanaan hukum hudud.
“Mereka (rakyat) ingin tahu pendirian kerajaan negeri tetapi, kerajaan negeri tidak berani untuk menjawab soalan dan mencari jalan mudah dengan mengelak daripada menjawab,” katanya.
Beliau berkata sebelum ini banyak pemimpin pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-PAS, termasuk Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, mengeluarkan pelbagai kenyataan.
“Kini kami menggunakan platform yang betul untuk mendapatkan jawapan daripada kerajaan negeri bukannya bagi pihak pemimpin parti,” kata Shabudin.
Beliau berkata wakil-wakil rakyat BN mengemukakan tidak kurang daripada tiga soalan mengenai hukum hudud, pemohonan maaf Lim kepada Sultan Johor dan kenyataan Naib Presiden PAS Mohamed Sabu berhubung insiden Bukit Kepong tetapi kesemuanya ditolak Abdul Halim.
ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad berkata Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim, ADUN Sungai Dua Datuk Jasmin Mohamed dan Shabudin telah mengemukakan soalan-soalan yang perlukan satu penjelasan namun gagal dijawab kerajaan negeri.
“Apa erti kerajaan negeri berprinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT)? Itu cuma satu penipuan rakyat kerana tidak berani memberi penjelasan terhadap masalah yang timbul,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.