Namun ada beberapa perkara yang menarik tentang DAP yang sebenarnya menuntut perhatian sewajarnya oleh barisan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional sekiranya mereka ingin menang. DAP nyata terkehadapan dalam penggunaan media dan pengiklanan. Iklan-iklan, promosi dan propaganda DAP dibuat dengan kaedah terbaik dari segi perang saraf. Sedangkan UMNO-BN ternyata masih lagi bergantung kepada kaedah konvensional yang sudah ketinggalan jauh dan tidak lagi efektif.
Perhatikan sahaja poster-poster DAP yang jauh lebih menarik dan lebih ceria, berbanding poster-poster Barisan Nasional yang serba melemaskan, kaku, tidak ceria dan menggunakan template yang sama seperti pada tahun-tahun 50-an. Perhatikan juga bagaimana DAP mendekati generasi muda menerusi media Internet dan tidak lagi terlalu bergantung kepada media massa dan elektronik seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional.
Namun yang lebih penting, perhatikan bagaimana DAP menggunakan calon-calon daripada generasi muda bagi menambahkan keyakinan serta lebih dekat dengan pengundi-pengundi yang sekarang ini majoritinya adalah golongan muda. Sedangkan Barisan Nasional pula, masih lagi mengekalkan calon-calon warga tua yang berperut boroi, berbadan besar, tidak cergas dan lembab, tua serta kelihatan tidak mesra dengan golongan muda.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.