Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mendedahkan segala-galanya tentang dakwaan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada penduduk asing pada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Menurut Menteri Dalam Negeri yang juga Anggota Parlimen Semberong itu, ada di kalangan saudara mara pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang turut diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.
Ada pemimpin-pemimpin daripada pihak parti pembangkang sendiri yang telah kita (kementerian) luluskan. Itu sahaja telah membuktikan bahawa kita tidak memilih bulu. Ini semua akan saya didedahkan pada Jawatankuasa itu.
Pihak pembangkang sebelum ini menuduh kerajaan dan khususnya Kementerian Dalam Negeri memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, kakitangan kementerian tidak mempunyai apa-apa yang mahu disembunyikan.
Ini semua adalah fakta. Saya tidak tahu siapa yang memohon, lebih-lebih lagi jika pemohon itu adalah cucu cicit, anak saudara (kepada sesiapa) atau apatah lagi mereka ini menyokong kerajaan atau tidak.Pembangkang baru-baru ini tentang pemberian kewarganegaraan kepada warga Bangladesh juga telah diberikan penjelasan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Apabila Ketua Pengarah JPN (Datin Jariah Mohd Said) menjawab (dakwaan tentang isu warga Bangladesh itu), mereka (pembangkang) senyap.dan menambah, pembangkang sering memperlekeh usaha KDN di atas pertimbangan politik mereka.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.