Friday, October 21

Himpunan Sejuta Umat.



PAS seperti juga UMNO dan parti-parti politik lain, bukanlah penganjur dan hadir sebagai organisasi, sebaliknya ahli-ahli parti tersebut hadir sebagai umat Islam.HIMPUN akan diadakan di Stadium Shah Alam pada SABTU INI 22 Oktober bermula jam 2.00 hingga 6.00 petang.Jelas Dr Yusri, orang ramai perlu datang awal, masuk ke stadium, kerana ada beberapa acara dilakukan termasuk bacaan sajak dan nasyid sebelum ucapan daripada pimpinan.Tidak ada wakil parti politik akan berucap dan selepas itu ada bacaan deklarasi peserta perhimpunan tersebut.


HIMPUN menerima banyak sokongan moral dari pelbagai pihak  masyarakat termasuk artis-artis seperti Aznil Nawawi,Faizal Tahir, Yuna,Scha Alyahya, Heliza Helmi, Shaheizy Sam,Afldin Shauki ,Lisa Surihani,Zizan raja lawak,Inteam,Hijjaz,Wardinah Safiya,Aaron Aziz,Nur Fazura,DJ Faisal Ismail,Ally Iskandar,pemain bola Mohd Safee Sali dan ramai lain melalui facebooknya.
 
Sokongan juga diterima dari tokoh politik seperti Datuk Seri Najib Tun Razak,Tun Dr Mahathir Mohamad ,Datuk Ibrahim Ali, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga Nurul Izzah Anwar.
 
Semua mereka dan lebih 8,000 yang lain menyatakan sokongan dengan menekan butang LIKE di laman facebook HIMPUN.
 
Sehingga kini lebih 2,000 NGO berbagai latar belakang setuju hadir antaranya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia , PEKIDA, Persatuan Bekas Perajurit (PBTM), Persatuan Bekas Anggota Polis (PBPM) PERKASA, Gabungan Wawasan Generasi Felda Malaysia (GWGFM) dan banyak lagi  
 
Selain itu semalam empat pertubuhan mahasiswa terbesar Malaysia GPMS, Gamis, Pembina dan MPP juga mengadakan sidang media mengisytiharkan mereka akan hadir.
 
Mungkin sebab tengok ‘mood’ PAS sekali lagi ‘koner baring’ bila tiba-tiba memberitahu ahlinya tidak dilarang pergi.
 
 PAS Selangor pada Rabu memberitahu tidak menghalang ahlinya jika mereka pergi atas tiket peribadi. 
 
Pesuruhjaya PAS negeri, Dr. Abd. Rani Osman berkata perhimpunan itu melibatkan NGO seperti mana yang dikehendaki oleh pihak penganjur.
 
‘‘Bagaimanapun, kita tidak menyekat mana-mana ahli PAS untuk menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi atau penglibatan mereka dengan NGO,”kata beliau.
 
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma’amor Osman berkata, pihaknya menyokong HIMPUN dan menggerakkan ahli seramai mungkin. 
 
“Program sebegini yang asas tujuannya penyatuan ummah yang menentang mana-mana organisasi yang cuba mendakyahkan agama mereka untuk memurtadkan umat Islam,” katanya.
 
Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) pula berharap program itu akan menjadi satu himpunan bersejarah sekiranya umat Islam dapat bersatu walaupun mempunyai latar belakang, ideologi dan fahaman politik yang berbeza.
 
Presiden JIM, Zaid Kamaruddin berkata, beliau mahu semua umat Islam dapat melupakan politik buat seketika demi kebaikan Islam kerana ini merupakan isu Islam yang melibatkan akidah umatnya.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.