Tuesday, October 25

Kambing Dan Kerbau.




Malaysia kaya dengan isu dan persoalan. Isu terbaru kini berkaitan Profesor Abdul Aziz Bari, seorang pensyarah universiti yang dianggap umum sebagai pakar undang-undang. Beliau telah mempersoalkan titah peringatan Sultan Selangor.


komentar Lim Guan Eng terhadap negeri Johor, berkaitan dengan kadar jenayah. Lim Guan Eng sendiri muncul meminta maaf kepada Sultan Johor, namun isu berkenaan tetap berlanjutan kerana ada pihak tidak menyenangi cara beliau meminta maaf.


Perkara yang disentuh oleh kedua-dua mereka, Aziz dan Guan Eng, dapat dikatakan sama saja beratnya, tetapi Guan Eng selaku ahli politik dengan mudah dapat beralih-alih daripada satu perkara ke perkara lain. Tidak sukar bagi ahli politik memadam keresahan dan konflik. Ketika Guan Eng sedang menghadapi satu isu, muncul isu lain, menyebabkan dia dapat melupakan isu yang awal. Saya fikir, Aziz Bari sedang menghadapi suasana lebih tragis, kerana kedudukannya sebagai pensyarah. Beliau menghadapi tindakan daripada pihak atasan UIAM.


Cabar-mencabar antara Aziz dengan Datuk Zulkifli Noordin, tokoh politik bebas dari Kedah. Aziz mencabar Zulkifli untuk berdialog dalam soal Perlembagaan Persekutuan, setelah Zulkifli mencabarnya meletakkan jawatan sebagai pensyarah, kerana Zulkifli berpendapat Aziz berpihak kepada pembangkang.


Cabar-mencabar sedemikian adalah bersifat politik, apatah lagi apabila Aziz berkata “Kita tengok sejauh mana kepakaran dia dalam aspek Perlembagaan.cabaran Zulkifli agar Aziz meletakkan jawatan sebagai pensyarah, dan bertanding dengannya di Kulim Bandar Baru atau di mana-mana saja. Selepas itu, tokoh hebat yang lain, Ezam Mohd Noor turut mencabar Aziz meletakkan jawatan, kerana katanya Aziz tidak neutral dalam memberikan komentar.


Walau bagaimanapun, Aziz tidak keseorangan. Tokoh wanita (yang jauh lebih hebat) dari Selangor, Elizabeth Wong bangun membelanya. Menurut Elizabeth, tindakan UIA menggantung pakar perlembagaan terkemuka itu amat mendukacitakan.Jika kita berminat mengikuti reaksi yang tersebar di internet, kita menemukan pandangan-pandangan lain lagi yang menyebelahi Aziz. Pandangan Elizabeth penting kerana kedudukan dan populariti wanita tersebut di Selangor, biar apa pun alasan – yang penting beliau popular.


Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang progresif, pada mulanya teragak-agak. Beliau mengatakan tindakan UIAM menggantung Aziz menimbulkan sedikit persoalan, tetapi tambahnya, jika Aziz bersalah, dia wajar dihukum. Walau bagaimanapun, Saifuddin kemudiannya tegas menyarankan agar penggantungan Aziz ditarik balik oleh universiti berkenaan.



Kebimbangan Elizabeth Wong ialah kalau-kalau tindakan terhadap Aziz akan menyebabkan kesemua ahli akademik menjadi pendiam. Menurutnya, ahli akademik tidak akan bersuara mengikut bidang masing-masing, atau secara tidak langsung ‘akan disunyikan’. 

Ahli akademik di Malaysia sentiasa sedar tentang diri mereka, sama ada neutral atau berpihak. Bidang undang-undang, lebih-lebih lagi bidang sains politik, memang kaya dengan segi-segi kritis. Oleh yang demikian, Aziz pasti telah bersedia dengan jalan lain untuk menghadapi suasana seperti dialaminya kini. Ezam ada mengatakan, Aziz tidak neutral dan condong menyokong parti pembangkang.

Beliau menyebutkan tulisan Aziz dalam penerbitan Institut Kajian Dasar (IKD) sebagai bukti sikapnya itu.Oleh sebab Aziz (sebagai tokoh cerdik pandai) telah sedia tahu tentang hal ini, maka saya fikir cabaran Zulkifli eloklah disambutnya. Pandangan ini saya sandarkan pada hakikat dalam peribahasa kita – ‘masuk ke kandang kambing mengembik, masuk ke kandang kerbau menguak’. Di Malaysia, sesiapa yang bersuara ‘tanda besar’, tetapi masih makan gaji dengan pihak kerajaan, adalah bercanggah dengan prinsip ‘kandang kambing’ dan ‘kandang kerbau’. Dengan kata lebih mudah, Aziz telah ‘menguak’ walaupun berada di ‘kadang kambing’. Sekarang, masuklah ke ‘kandang kerbau’.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.