Wednesday, October 19
Mengata Dulang Paku Serpih:
Lim Guan Eng pernah menghina kerajaan Johor dengan memfitnah kononnya kadar jenayah di Johor lebih tinggi dari negeri di mana ia mentadbir iaitu Pulau Pinang. Niat sebenarnya ialah untuk meraih perhatian pelabur asing kerana selama ini, ia gagal untuk menunjukkan pencapaian sebagai Ketua Menteri berbanding kepetahannya ketika berhujah.
Kepetahannya berhujah umpama 'Cakap Tak Serupa Bikin' namun akhirnya ia terperangkan dengan kelancangannya sendiri apabila bicaranya menjadi 'Mengata Dulang Paku Serpih' pula.
Kuasa Allah SWT, ditakdirkan tidak lama setelah ia memburuk-burukkan negeri Johor, tertangkap pula sindiket penipuan antarabangsa yang mencecah RM2billion nilainya.Suatu ketika dahulu, dengan bongkaknya Nik Aziz menabalkan Lim Guan Eng seumpama khalifah umat Islam di zaman RasulullahSAW. Hari ini, kita mendapat berita betapa anak lelakinya telah meraba tetek seorang perempuan muda.
Mungkin bagi Nik Aziz ini adalah perkara biasa kerana Lim Guan Eng adalah seorang kafir walaupun disanjung seumpama khalifah Islam dizaman Rasulullah SAW.Allah SAW maha berkuasa,setiap yang batil pasti akan ditunjukkan pengajaran olehnya agar menjadi panduan kepada mereka yang masih beriman dari kalangan pengikut PAS terutamanya yang masih beragama Islam.Marilah kita semua ambil iktibar dari petunjuk yang telah dipertontonkan oleh yang maha kuasa agar kita berhenti dari menyokong kebatilan.
Janganlah kita terlalu degil sebagaimana umat terdahulu, umat Nabi LuthAS umpamanya.Seandainya berita tersebut adalah fitnah, mengapa Lim Guan Eng tidak menyaman pihak yang menerbitkan kenyataan berkaitan ? Pastinya keranaLim Guan Eng tahu akan kebenarannya malahan baginya, isu moral bukan faktor untuk Pakatan Rakyat tidak diterima oleh umat Islam kerana Anwar lebih hebat di dalam isu keruntuhan moral berbanding anaknya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.