Tuesday, October 11

Rakyat Johor Minta Guan Eng Jelas Hutang




Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dianggap terus 'berhutang' selagi beliau tidak menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan memohon maaf secara terbuka kepada penduduk negeri ini.


Ketua Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor, Abdullah Md. Yusof berkata, selagi Guan Eng tidak berbuat demikian, seluruh rakyat negeri ini tidak akan memaafkannya.

"Isu Ketua Menteri Pulau Pinang yang memburuk-burukkan negeri ini sebenarnya belum selesai. Walaupun telah memohon maaf menerusi akhbar kepada Sultan Johor, beliau masih tetap menyalahkan media kerana memutarbelitkan kenyataannya.

"Kita mahu dia menghadap dan memohon ampun daripada Sultan Johor dan seterusnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor yang amat tersinggung dengan kenyataannya yang memburukkan Johor dalam temu bual dengan media asing di Singapura baru-baru ini," katanya.

Kemarahan rakyat Johor yang belum reda terhadap Guan Eng memuncak semula apabila beliau dilaporkan datang ke Tangkak baru-baru ini bagi mencari sokongan politik.

Abdullah berkata, sebagai Setiausaha Agung DAP dan pemimpin yang merasakan dirinya hebat, adalah amat memalukan, biadap dan tidak bermaruah kerana sanggup datang secara 'curi-curi' ke Tangkak bagi mencari sokongan politik di negeri yang didakwanya tidak selamat.

Justeru, beliau mengingatkan kira-kira 200,000 ahli gabungan NGO itu supaya tidak terpedaya dengan permainan politik Guan Eng.

Sementara itu, Pengerusi Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Johor Bahru, Mohd. Ghauth Mohd. Yusoff berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut amat biadap dan menunjukkan keangkuhannya terhadap rakyat Johor.

"Tahap kesabaran kita ada had dan batasannya kerana kita orang Johor memang kaya dengan adab dan sopan. Oleh itu, kita harap beliau wajar menghadap dan memohon ampun daripada Sultan Johor dan seluruh rakyat Johor ini dengan segera," katanya.

Beliau berkata, jika Guan Eng terus berdegil dan tidak mahu memohon ampun, pihaknya bersama gabungan NGO Melayu Johor akan membuat laporan polis sehingga beliau dihadapkan ke muka pengadilan.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Johor, Syahrin Md. Jamaluddin pula berkata, tindakan Guan Eng datang ke negeri ini menterjemahkan beliau seorang pemimpin yang tidak mempunyai maruah dan biadab.

"Sebagai pemimpin politik yang sering menunjukkan 'kehebatannya,' sepatutnya beliau tidak melangkah ke bumi Johor selagi tidak menghadap dan memohon ampun daripada Sultan Johor.

"Kata Johor tak selamat, tetapi terhegeh-hegeh juga datang ke sini. Ini satu contoh fahaman politik sempit dan terdesak yang diamalkan oleh pemimpin DAP khususnya Guan Eng," katanya sambil menyifatkan tindakan itu seperti meludah ke langit, terkena muka sendiri.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.