Sunday, October 2

Rakyat Kelantan/PAS kena Tipu Oleh Wali Selipar.


Sudah lima kali apabila hendak sampai pilihanraya pasti isu hukum hudud dimainkan oleh wali selipar Nik Aziz apa motifnya?adakah hendak meraih undi simpati atau kesian dari ahli kononya wali ini seorang sahaja memperjuangkan Islam dan mengamalkan sebenar-benarnya hukum Islam ini.Bukan sekali ditipu dah banyak kali bermula pada pilihanraya 1990 telah dilaungkan isu hudud ini akan tetapi perlaksanaan entak sampai bila hendak dilaksanakan dikelantan.Pada mulanya disalahkan Tun Mahadir kerana tidak memberikan kelulusan kali ini salahkan pemerintahan DS najib pulak.Persamaan yang hendak disampaikan disini ialah jika 3 orang  pencuri  melakukkan kesalahandan ditangkap.tiga pencuri itu 1melayu islam,1cina dan 1india nescaya cina dan india dijatuhkan hukuman mengikut undang mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5tahun dan dilepaskan selepas itu dan menjalani kehidupan seperti biasa akan tetapi berbalik kepada 1 orang lagi melayu beragama islam dijatuhkan hukuman mengikut hukum hudud.Hukumannya potong tangan dan beliau menjalani hukuman tersebut.tangannya telah dipotong.Kelangsungan hidupnya selepas itu apa beluai boleh berkerja selepas itu untuk mencari makan.dimanakah keadilan yang dilaungkan sedangkan cina dan india menjalani kehidupan seperti biasa selepas lima tahun.

Kesimpulanya negara kita iatu Malaysia mempunyai 30 kaum etnik dan berbilang bangsa dapatkah kita melaksanakan apa yang dimerapukan oleh wali selipar dan jika ingin sangat melaksanakan buatlah dinegeri yang deperintahkan oleh pakatan terlebih dahulu.Pastinya DAP berdehem semuanya pakat tarik hand-break.

Ucapan nik aziz semasa Kongres Sambutan 60 Tahun Pas


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) masih menaruh harapan hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam.

“Saya berdoa begitulah sebab hudud bukannya ideologi... hudud, sembahyang, puasa dan zakat sebagaimana yang lain wajib, ia (hudud) juga wajib.

“Malaysia ada hukum gantung, bawa dadah mandatori, bawa senjata api hukum gantung mati... hudud tak mati, kenapa hukum gantung boleh terima... orang boleh jadi perdana menteri walau tangan kudung, bukan senang nak jatuhkan hukuman, ada syarat, ada prosedur, pelik sungguh Malaysia ini, gantung boleh terima,” katanya pada sidang media sempena Kongres Sambutan 60 Tahun Pas di Dewan Millenium di sini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada masih berharap hukum hudud yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU13.

Minggu lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Rabu lalu, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Nik Aziz berkata, hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.

Dalam pada itu, mengulas sama ada Pas bersedia berdamai dengan Umno pada masa depan, Nik Aziz berkata, pintu rundingan akan terbuka sekiranya pemimpin Umno berubah dan berpegang kepada ajaran Islam.

“Kami sudah berdamai dengan Umno, kami masuk Barisan Nasional (BN) pada 1973, saya antara orang yang menyokong di Kelantan sampai Pas di Kelantan berpecah empat... hancur Pas Kelantan.

“Saya antara orang yang sokong, tapi bila masuk dia tentang kami bila rasa gagah, inilah perangai Umno yang tiada asas kepada agama, agama ajar kita mesti bersyukur nikmat Allah... bukan senang gerakan Islam nak masuk gerakan nasionalis tapi Umno tak tahu jasa, sekarang dia ajak kami,” katanya.

2 comments:

  1. tak payahla tok guru! umno ajak2 ayam sj tu. kalau umno lemah dah lama dah pas boleh memerintah. masalahnya umno masih kuat. dulu pun umno kuat, sbb tu pas kena pecat. (mcm umno pecat nwar jugokla). tengok sekarang lo ni umno kembali kuat sbb mat sabu dah hancurkan ramai pengundi atas pagar dgn menyokong komunis & menghina polis! pas kena ingat polis ramai di negara ni. ramai keluarga mrk yg terkilan dgn mat sabu tp apa tok guru buat? tak ada apa pun tuk tegur mat sabun tu!

    tok guru kena akur satu sj..Allah belum izinkan malaysia diperintah oleh pas walaupun tok guru ingin sgt memerintah..kesiannya..teruskan berkluk klik ya tok guru!

    ReplyDelete
  2. setuju dengan pendapat bohmau.Elok nik ajis pikiq rehatlah dari politik takkan nak pegang jawatan sampai mati.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.