Dari maklumat yang MKP terima Tsu Koon bakal bertanding kerusi Parlimen P4* yang pasti bukan parlimen Bagan yang disebut-sebut.Kepada Tan Sri selama ini para blogger berjuangan bukan kerana nama dan pangkat mahupun habuan.Akan tetapi kerana sayangkan Parti/UMNO,BN Dan Perjuangan demi masa depan anak cucu kami supaya tidak jatuh ketangan yang tidak sepatutnya,setidak-tidaknya janganlah menghina dan memperkecilkan kreditbiliti rakan-rakan blogger.
Ada isu yang dibangkitkan oleh blogger yang dikutip oleh GERAKAN untuk menghentam LGE dan pemimpin DAP/pakatan rakyat pulau pinang.Tak payahlah MKP ceritakan satu persatu dan pastinya Tan Sri tahu dan dan mengetahuinya.jika hendak bermain cara selamat pun janganlah menghina blogger.Nescaya pada suatu hari nanti pasti kita akan berkerjasama dan memastikan BN merampas kembali Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon enggan melayan dakwaan blog yang beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Bagan yang kini disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Tsu Koon berkata, beliau tidak berhasrat untuk berbuat demikian kerana ia hanya membuang masa.
"Saya tidak mahu komen kepada dakwaan sesetengah blog ini. Apa yang saya mahu katakan adalah apabila mereka menyebut nama saya dalam artikel tanpa menemuramah, itu adalah tidak beretika," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Parti Gerakan di sini, hari ini.
Tsu Koon diminta mengulas dakwaan sebuah blog politik bahawa beliau akan bertanding melawan Guan Eng pada PRU13 walaupun beliau menafikan mengeluarkan kenyataan itu sebelum ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau juga tidak mengetahui sama ada blog yang membuat dakwaan itu adalah prokerajaan atau pembangkang.
"Adakah ia blog rasmi kerajaan atau pembangkang? Saya tidak tahu siapa pro dan siapa tidak," katanya.UTUSAN MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.