Monday, October 3

WARKAH BUAT DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK



Assalamualaikum warahmatullah.

Kehadapan Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dengan selamatnya.

Dato' Sri,

UMNO dilihat berjaya menarik kembali sedikit demi sedikit undi kaum Melayu jika dilihat dari prestasinya di seluruh pilihanraya kecil (PRK) pasca Pilihanraya Umum 12 (PRU12). Undi kaum Melayu terhadap UMNO boleh dikatakan agak kuat jika dianalisa dari semua peti-peti undi di beberapa pilihanraya kecil. Begitu juga dengan undi kaum India yang semakin meningkat dari satu piliharaya kecil ke satu pilihanraya kecil. Kaum India boleh dikatakan sudah kembali ke pangkuan BN.

Dato' Sri,

Berdasarkan trend pengundi kaum Melayu dan India yang sudah kembali kepada BN, penulis begitu yakin bahawa BN berupaya menang dengan agak selesa sekiranya PRU13 diadakan sekitar 2012 sekiranya tidak ada sebarang isu besar. Walau bagaimanapun, penulis sangat yakin sekiranya PRU13 diadakan sekarang (malahan jika tahun 2012 pun), peluang BN kembali sukar diramal. Pengundi Melayu atas pagar secara terus terangnya meluat dengan tindakan Dato' Sri mengangkat seorang yang mempunyai rekod bersikap biadap terhadap orang Melayu, Islam dan seluruh rakyat Malaysia sebagai ikon 1Malaysia. Manusia biadap itu tidak lain tidak bukan ialah Namewee!

Bukan itu sahaja Dato' Sri, melalui pengamatan penulis berdasarkan reaksi akar umbi UMNO, mereka sangat tidak senang dengan tindak tanduk Dato' Sri berhubung isu Namewee ini. Rata-rata mereka kecewa dan marah. Malahan sudah ada bayang-bayang bahawa mereka ini tidak akan memberikan sokongan kepada BN pada PRU13 kelak. Dato' Sri rasanya sudah sedia maklum bahawa setiap kemenangan BN di dalam PRK yang diharungi pasca PRU12 adalah datangnya dari undi kaum Melayu dan India yang dahulunya mengundi PR tetapi telah kembali menyokong BN.

Adalah sangat tidak kena tindakan Dato' Sri memberi komen yang positif ke atas seorang biadap seperti Namewee ini. Tidak salah sekiranya Dato' Sri sekadar memberi komen bahawa Dato' Sri memberi sokongan ke atas sebarang individu yang menyokong Gagasan 1Malaysia, tetapi Dato' Sri sama sekali menolak individu yang bersikap biadap seperti mencarut, menghina Lagu Kebangsaan, dan lebih-lebih lagi menghina azan dan bersikap perkauman yang tentunya berlawanan benar dengan hasrat Gagasan 1Malaysia itu sendiri.

Dato' Sri,

Secara jujurnya, penulis berpendapat bahawa tindak tanduk Dato' Sri berhubung isu Namewee ini hanya akan menyebabkan seperti pepatah Melayu iaitu "yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran". Percayalah, sekiranya Dato' Sri membiarkan isu ini berpanjangan tanpa mahu meredakan kemarahan ramai pihak, maka ianya akan memberikan kesan yang tidak elok untuk PRU13 kelak.

Apa pun penulis tetap memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Dato' Sri. Penulis masih lagi berkeyakinan penuh bahawa Dato' Sri adalah individu terbaik untuk memimpin negara. Apalah yang boleh diharap sangat dengan puak di sebelah sana yang terdiri dari peliwat, penzina, komunis, ultra kiasu, penjual kalimah Allah, yang langsung tidak sehaluan dalam semua hal. Hanya satu sahaja yang mereka sehaluan - jatuhkan BN, kemudian tidak tahu hendak buat apa! Punah negara kalau jatuh ke tangan mereka ini.

Dato' Sri,

Warkah yang ditulis ini bertujuan semata-mata untuk menyampaikan apa yang akar umbi dan rakyat suarakan. Penulis memohon ampun maaf sekiranya warkah ini tidak menyenangkan Dato' Sri. Apa yang disampaikan adalah kerana penulis mahu melihat BN disenangi di mulut dan di hati rakyat. Apa yang ditulis juga adalah kerana penulis sayangkan agama, bangsa dan negara.

Dato Sri, bertindaklah sewajarnya!

Tegur menegur untuk kebaikan bersama!



Daripada rakan FB yang meluahkan pendapat.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.