Tuesday, November 15

Ada orang Melayu tinggal di bawah jambatan Pulau Pinang?



Mana khairat kematian yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang? Apakah duit RM1000 itu tersangkut dalam poket sapa-sapa? Ini bukan fitnah. Ini cerita benar daripada seorang Ketua Kampung yang tinggal di kawasan Teluk Kumbar. Borang diberikan sudah beberapa bulan yang lalu. Tapi sehingga ke hari ini, duit RM1000 itu masih tak nampak. Bila diminta jumpa dengan pemimpin PKR berkenaan yang sentiasa rapat dengan Penyelaras DUN Bayan Lepas? 
Ketua Kampung itu sudah bosan dengan sikap pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat. Bercakap gah, bantuan tak seberapa pun. Ramai lagi yang tak dapat. Jika tak ada duit jangan cakap lah. Janji pilihanraya yang dulu pun belum tertunai. Jika begini, apakah pengundi2 perlu beri undi lagi. Kami tertipu kata Ketua Kampung itu. Sejak DAP memerintah, banyak tanah di kampung-kampung Melayu sudah didirikan rumah harga ratus-ratus ribu ringgit. Orang Melayu tak mampu beli tapi kenapa dibina di kampung2 rumah jenis ini.
Mana rumah kos rendah seperti zaman BN memerintah dulu. Ada flat Taman Sahabat, ada flat Sri Gertak Sanggul, Flat Bandar Baru Perda, Flat Taman Emas dan flat Teluk Kumbar dan banyak lagi rumah flat yang tak dapat disebut di sini. Itu semua rumah2 kos rendah yang dibina semasa kerajaan BN dulu. 
Kerajaan DAP disokong oleh PAS dan PKR hanya dapat binakan rumah-rumah kos ratusan ribu ringgit untuk orang2 Melayu. Pemaju2 perumahan ketawa besar, kroni2 kerajaan PR ikut tumpang kaya sebab semua untung besar. Yang rugi orang kampung dan orang Melayu, Cina dan India yang miskin. Kira2 10 tahun lagi, akan ada orang Melayu terpaksa tidur dalam kotak2 di bawah jambatan seperti kita lihat di Jakarta dan Medan, Indonesia. Kita teramat amat yakin, suatu masa nanti akan ada si Mamat, Ah Chong dan Ramasamy akan tinggal dalam kotak di bawah Jambatan Pulau Pinang. Sebelum kita jadi seperti itu, marilah kita pastikan kerajaan PR tumbang dalam PRU yang akan datang.
 Sokong la DAP lagi!

3 comments:

  1. melayu bodoh, sokong DAP, bermimpi nak jadi Singapura. Last-last yang layak jadi askar infantri.

    ReplyDelete
  2. Kenapa tak minta tolong dengan Ketua komunis Melayu Mat Sabu..rit Mah.

    ReplyDelete
  3. padan muke.. sape suruh undi pemimpin cina.. amik ko... PADAN MUKE.. HAHAHA.. elok2 kerajaan Melayu pegang jd tanggang.. amik KO...

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.