Anwar Pi Haji,Berikut adalah pembongkaran yang dibuat oleh rakan Tok Mudim dan bukti menyatakan gambar berikut telah di edit bagi memberikan bukti bahawa Pak Sheik telah mengerjakan rukun islam.Dah kantoi dengan pendedahan ini.Pastinya pihak sebelah sana akan mengelurkan bukti yang lain bagi mempertahankan raja kencing satu malaya nie.
Anwar dengan rekod sebagai satu-satunya pemimpin Melayu Malaysia yang dikaitkan dengan skandal video seks, mendakwa akan berlaku "Malaysia Spring" merujuk istilah 'Arab Spring" yang terjadi di Tunasia, Mesir, Libra, Yaman dan Syria.
Kata Anwar, “Melihat pada kadar kami sedang bergerak sekarang, kami akan mengambil alih kerajaan.”
Mudahnya cakap, entah apa data yang beliau rujuk pun tak pasti, main sedap mulut saja cakap, kalau ikut logik akal dan fakta, sah-sah sekarang BN nampak lebih selesa daripada pilihanraya umum Mac 2008 dulu.
Sebagai sandaran untuk menguatkan hujahnya beliau antaranya membebel tentang demo Bersih Julai lalu yang baginya ‘maha berjaya’.
Hairan juga beliau lupa pada fakta BN menang semua pilihanraya kecil selepas 100 hari Datuk Seri Najib Tun Razak ambil alih jawatan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bermula dari Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau semuanya dimenangi BN dengan majoriti selesa, bahkan di Galas adalah kawasan PAS yang ditawan semula oleh BN.
Masalah Anwar beliau masih terus di awang-awangan merasa seolah-olah seluruh rakyat negara ini ‘ buta mata dan pekak telinga ‘ tak akan peduli pada kisah liwat yang melibatkan dirinya yang sedang dibicarakan sekarang.
Sudahlah dikaitkan dengan kes liwat staf sendiri, Saiful Bukhari Azlan. Ia adalah kes kali kedua dalam tempoh 10 tahun.
Sebab itu, dalam temubual itu beliau boleh main belasah cakap kesan kes liwatnya sekalipun didapati bersalah oleh mahkamah ia adalah “foregone conclusion” atau makna dalam bahasa mudahnya orang tidak akan ambil peduli.
Betulkah begitu? Adakah rakyat Malaysia umumnya menerima seorang peliwat jika beliau didapati bersalah?
Mungkin bagi puak-puak yang berkepentingan atau bergantung nyawa dan hidup politik mereka padanya boleh pejam mata begitu saja.
Soalnya mereka peduli apa.
Namun beliau tidak boleh main taram cakap ia satu “foregone conclusion”.
Gambar dengan bertuala putih baik jer peluk amoi muda itu terus melekat dalam imaginasi rakyat Malaysia terutamanya golongan muda.
Bagi yang tengok versi penuh video itu, selalu sebut... tak boleh lupa cara dia "berentap sakan"...
Video seks yang ikut kajian dua profesor dari universiti teknologi terbaik di dunia, sudah mengesahkan ia 99.99 peratus tulin.
Dah tu bukan satu video, ada lagi satu yang kononnya dirakam di Bangkok, Thailand yang sudah didedahkan klip ‘ pemanas badan’ baru-baru ini.
Juga Anwar patut nilai sendiri sokongan rakyat kepadanya melalui kehadiran orang ramai di mahkamah sekarang ini. Sebab ada waktu-waktunya, kerusi mahkamah kosong, sebab orang 'meluat' dengan skandal beliau yang tidak berkesudahan dan kes mahkamah yang berlarutan.
Betulkah? Tapi bagi orang yang mengenali Anwar, ada mendakwa beliau bukannya tokoh yang berkerja,mempunyai program atau dasar yang tersusun dan berkesan sebagai landasan perjuangannya.
Kelebihannya ialah bercakap....dan bercakap di pentas ceramah.
Anwar hanya tokoh yang lahir ketika gelora. Pidatonya membakar dan memukau, tetapi bab kerja dan pengurusan, mana ada yang special dan sangkut dalam ingatan orang setakat ini.
Kalau ada tolong senaraikan....sejak zaman dalam kerajaan dulu sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Semoga Anwar terus dibuai mimpi...-OLEH HELME HANAFI
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.