Friday, November 4

BN kesal Seberang Perai kini menjadi kotor.



Sebelum ini MKP telah menyiarkan Gambar yang mendedahkan Pulau pinang kotor dan tidak mendapat perhatian sepatutnya oleh pihak yang berkenaan,Petang ini pekara tersebut telah dibentang oleh YB BN dalam sidang DUN.Laporan pagi td KLIK DISINI


Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini meluahkan rasa kesal dengan kelemahan pentadbiran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang didakwa punca daerah itu menjadi kawasan kotor.

Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Ayer Tawar) ketika mencelah perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012, berkata MPSP gagal menyelenggara dan mengganti tong sampah lama yang rosak di kawasan tersebut.

"Perkara itu perlu diberi perhatian kerana banyak tong sampah  yang rosak, berlubang dan sampah yang berada di dalamnya terkeluar sehingga menyebabkan bau busuk serta menyakitkan pandangan mata, namun tiada tindakan diambil pihak berwajib.

"Kita difahamkan kerajaan negeri melalui MPSP memperuntukkan hanya sedikit wang saja bagi tujuan mengganti tong sampah lama ini dan kita mahu kerajaan negeri memberi penjelasan mengenainya," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota) mengakui Kerajaan negeri mengeluarkan perbelanjaan terhad kepada MPSP untuk kerja-kerja pembersihan di kawasan Seberang Perai.

Chow berkata kerajaan negeri terpaksa melaksanakan konsep kontraktor pembersihan secara bersepadu berikutan kekurangan dana untuk menggantikan tong sampah.    

"Kegagalan untuk  menyediakan dana yang cukup bagi menggantikan tong sampah telah  menyebabkan MPSP perlu membayar kira-kira setengah juta setiap bulan untuk kontraktor pembersihan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.