Pengerusi Barisan Nasional Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan slogan baru 'BN Pilihan Orang Muda' menggantikan slogan 'Undilah BN' untuk Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia di depan lebih 3000 orang perwakilan kedua-dua sayap itu yang mewakili setiap bahagian seluruh negara.
Slogan itu dilancarkan selepas Sesi Taklimat Khas Presiden UMNO yang pertama kali diadakan khusus untuk kedua-dua sayap tersebut dimana sebelum ini hanya diadakan khas untuk pemimpin UMNO Bahagian sahaja.
Taklimat lebih sejam itu menerima sambutan hangat dan dalam suasana penuh bersemangat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang Ahad.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin memberitahu taklimat khas itu adalah permintaan khas dari pemuda dan puteri kerana pengundi muda dalam pilihan raya akan datang merupakan faktor penentu.
Menurutnya, amanat itu banyak tertumpu pada kepada halatuju untuk memastikan pengundi muda menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Ianya telah diberi garis panduan dan terdapat beberapa tambahan terhadap apa yang sedang dilaksanakan oleh pemuda dan puteri ketika ini terutama untuk memberi 'touch point' pada generasi muda,” tambahnya yang ditemui wartawan selepas sesi taklimat tersebut.
Katanya, “Presiden memberi pesanan agar tumpuan yang lebih pada pengundi muda bagi memastikan pengundi muda itu benar-benar 'swing' pada BN.”
Mengulas tentang slogan baru itu, Khairy berkata, “semua gerak kerja pemuda dan puteri menjurus pada slogan itu dimana ianya akan menjadi teras yang mana generasi muda mempunyai pilihan.”
“Kita mengharapkan generasi muda yang mempunyai kuasa pilihan (undi) akan melihat apa yang kita (BN) boleh buat dan apa yang kita tawarkan adalah BN,” jelasnya.
“Taklimat Presiden itu telah menyuntik satu semangat baru pada pemuda dan puteri disamping menunjukkan satu transformasi telah berlaku dalam parti dimana jentera muda dalam parti telah mendapat penghargaan dari pucuk pimpinan parti,” ujarnya.-
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.