Tugas pembangkang ialah untuk melihat rakyat susah, kecewa dan marah kepada kerajaan. Jika rakyat marah, maka senanglah kerja mereka untuk mempengaruhi rakyat supaya menolak kerajaan semasa ini.Itu kerja pembangkanglah. Rakyat harus faham. Politik juga seperti berniaga nasi lemak. Jika gerai nasi lemak sebelah itu sedap dan untung, maka gerai nasi lemak satu lagi yang kurang pelanggan akan cuba sedaya upaya untuk memburuk-burukkannya. Itu termasuklah menggunakan perkhidmatan bomoh yang profesional.
Akhirnya gerai nasi lemak yang sedap itu pun jatuh bankrap. Yang memburuk-burukkan itu pun jatuh bankrap. Kedua-duanya lingkup dan gulung tikar. Puas hati.Itu ialah sifat orang Melayu yang suka dengki mendengki. Bacalah buku Sejarah Melayu tulisan Tun Seri Lanang kalau nak tau sikap dengki-mendengki orang Melayu sejak zaman kegemilangan hinggalah zaman itu jatuh berkecai dek dengki mendengki dan tikam belakang.
Parti-parti Melayu pun mempunyai sifat dengki yang sama. Akhirnya Melayu juga yang rugi. Parti milik bukan Melayu, yang akan mendapat labanya.Kita kini bersepak terajang mengenai hudud. Ia dibawa oleh Pas, yang mereka sendiri pun tidak mampu melaksanakannya di Kelantan dan Kedah. Pas sengaja melontarkan hudud itu kepada kerajaan Pusat supaya melaksanakannya, yang pada hakikatnya amat sukar dibuat.
Orang lain, bukan Islam dan bukan Melayu melihat dengan penuh keseronokan. Yang keliru ialah rakyat jelata. Pas pun bertepuk tangan, kerana melontarkan hudud dan melihat kerajaan Pusat terkapa-kapa.Pas minta rakyat bencikan Melayu UMNO. Melayu PKR pun masuk sama. DAP sebaliknya kini sudah mengumpul orang-orang Melayu untuk menyokong mereka.Kononnya, sudah ramai Melayu-Melayu digroom oleh DAP untuk menjadi calon dalam pilihan raya kelak. Malah ada yang dijanjikan jawatan Menteri Besar jika DAP memerintah negeri itu kelak.
Taktik DAP kini bukan main-main lagi. DAP ini cukup cerdik dan hebat dalam permainan politik mereka. DAP bermain senyap-senyap, buat bodoh-bodoh, tapi cukup halus dan licik.DAP tahu, wakil Cina tidak boleh menjadi Menteri Besar, maka janji-janji telah ditaburkan kepada orang-orang Melayu itu. Difahamkan ramai lagi Melayu-Melayu telah dijanjikan kerusi untuk bertanding atas tiket DAP. Pas sedar ke?
Apabila Melayu berpecah-belah, maka percayalah Pas juga akhirnya tidak lagi relevan.Lagi pun Pas itu bukan pun kuat sangat, bising saja yang lebih. Seolah-olah mereka itulah yang hebat dan Islamik. Di Selangor pun, merekalah yang paling kuat bising, tapi berapa saja kerusi yang Pas menang? DAP pun bukannya suka sangat dengan mereka ini.
Akibatnya kita semua tergadai. Malaysia, mereka mahu dijadikan republik. Republik seperti di bawah negara kita ini. Tiada lagi raja-raja Melayu. Ia hanya tertera dalam sejarah, itu pun jika ia dibukukan.
Maka, jika itulah jadinya dan nasi sudah jadi bubur, ikutilah pantun klasik ini:
Pulau Pinang bandarnya baharu,
Kapten Light menjadi raja,
Jangan dikenang zaman dahulu,
Duduk mengalir air mata.
Oleh itu, selagi ada masa, tidak salah jika kita bersatu padu. Pepatah Melayu menyebut “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.”Kini kita sedang berpecah-belah, paling teruk dalam sejarah moden Melayu...
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.