Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sedang mencuba untuk merampas kerusi parlimen Indera Mahkota dari calon kawasan itu Datuk Fauzi pada PRU 13 nanti. Ini memandangkan dia sedar bahawa pengundi di Kuantan sudah tidak mahu lagi meletakkannya sebagai wakil yang mewakili suara rakyat Kuantan di parlimen.
Setelah dia berjaya menghalau Azan Ismail dengan cara menjadi juara isu Lynas di Gebeng yang terletak di parlimen Kuantan kini Fuziah cuba memperbodohkan Datuk Fauzi yang mempunyai peluang cerah untuk bertanding di kerusi Indera Mahkota. Inilah sikap Fuziah yang suka berbohong dan memperbodohkan rakyat. Cukup mudah untuk kita perhatikan prestasi dia sebagai Ahli Parlimen, sebagai contoh di Kuantan ini tiada satu pun masalah rakyat yang dia selesaikan malahan dia sibuk dengan isu yang diluar kawasan parliamennya.
Masalah asas rakyat langsung tidak diperdulikan. Satu perkara yang amat jelas bila dia mengunakan PAS Indera Mahkota untuk menghentam Dr Che Rosli bila isu Lynas dibongkar oleh beliau. Mengapa dia tidak mendapat sokongan dari PAS Kuantan tetapi terpaksa memintak PAS Indera Mahkota untuk membantunya menyelamatkan diri dari terus kelihatan sebagai bodoh.
PAS Kuantan sendiri sudah kenal siapa Fuziah yang suka menipu dan berterusan memperbodohkan rakyat. Kini dia bakal menjadikan Datuk Fauzi sebagai mangsa terbarunya. Politik tikam belakang sudah menjadi darah daging PKR jadi tidak hairanlah jika Fuziah cuba membunuh politik Datuk Fauzi.
Secara keseluruhannya kita sebagai rakyat sudah nampak politik PKR yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan masalah rakyat. Jadi tidak perlulah kita bersusah payah untuk memikirkan siapa harus untuk kita undi pada PRU 13 nanti. Jika Fuziah berjaya menjadi calon Indera Mahkota marilah kita tolak dia dari terus menjadi Ahli Parlimen mewakili rakyat disana jangan lakukan kesilapan seperti pengundi di Kuantan. Jika Fuziah masih kekal di Kuantan sama-samalah kita katakan TIDAK pada Fuziah yang langsung tidak perdulikan pengundi di Kuantan ini.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.