Thursday, November 24

Hampir 50 calon SPM, STPM di hulu Terengganu ke Pusat peperiksaan dengan bot


HULU TERENGGANU - Hampir 50 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terpaksa menaiki bot untuk ke pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong di sini apabila kampung mereka ditenggelami air.

Kesemua calon SPM dan STPM dari Kampung Pengkalan Ajal di sini itu diangkut ke pusat peperiksaan menggunakan perahu penduduk kampung dan bot bomba bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Mohd Zazuli Baderu berkata pihaknya sentiasa bersedia di lokasi terbabit dan menghulurkan bantuan bagi memastikan kedua-dua peperiksaan itu dapat dijalankan dengan lancar.

"Kami telah berbincang dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sebelum ini untuk mengatasi masalah itu dan kami akan bersedia di lokasi terlibat bagi membolehkan calon SPM dan STPM menduduki peperiksaan," katanya.

MKP kata klu nie jadi kat negeri yang dikuasai oleh Pakatan Haram PASti akan heboh satu malaya menyatakan ketidakprihatian kerajaan Pusat.Nama pun Pembangkang mulut macam kong-kang.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.