Saturday, November 19

KECIK KECIK LEMBU JAGA.

Layan Lagu sambil kita tengok fakta mengenai NFC yang telah diputaq-belit oleh Puak dan pencacai PR yang telah kantoi dengan penjelasan yang telah diberikan oleh pihak NFC dan telah menjemput blogger melihat operasi serta penjelasan. 

Menjelang pilihanraya umum ke 13 mereka kalut terhendap sana sini untuk cari apa saja yang dapat balon kerajaan tanpa mempedulikan fakta dan kisah benar.Ini lebih-lebih lagi bos besar mereka sedang berserabut bergelumang dengan isu video seks dan perbicaraan kes liwat.
Sasaran dalam isu NFC tidak lain tidak bukan ialah Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil. Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah suaminya.Harapan mereka jentera Wanita UMNO yang menjadi tulang belakang kempen jadi lintang pukang jika Shahrizat dapat dilumpuhkan.
Sumber-sumber dalam parti itu memberitahu  strategi mereka kini ialah lanyak dulu, janji dapat wujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan…lain hal belakang kira.Maka kita dapat lihat akhbar lidah rasmi PKR yang digantung di kedai–kedai terpampang dengan tajuk untuk menyakitkan hati orang ramai lembu dan kondo mewah.
Terbaru dengar cerita budak-budak PKR yang galak main isu NFC sudah jadi  makin kelamkabut apabila pengurusan NFC membawa media arus  perdana melawat ladang fidlot di Gemas Khamis.Penjelasan terperinci mengenainya sudah diberi oleh Dr Mohamad Salleh pada media semasa lawatan itu.
Malah peguam NFC, Datuk Shafie Abdullah sudah senaraikan sembilan tuduhan tidak berasas dibuat oleh budak-budak PKR yang boleh disaman.Kini sudah makin jelas isu pembelian kondo mewah yang cuba diputar oleh budak-budak PKR, ialah pelaburan sementara – yang disifatkan oleh Dr Mohamad Salleh ‘satu keputusan perniagaan yang bijak’
Itulah nampak lojiknya dari letak duit pinjaman kerajaan untuk projek fidlot itu yang belum dapat digunakan lagi dalam simpanan tetap di bank ia mendapat pulangan tahunan  yang lebih besar dengan melaburkan beli dua unit kondo mewah.Budak-budak PKR cuba menyakitkan hati orangramai dengan mendakwa berlaku penyelewengan dalam pembelian kondo di Bangsar itu tanpa mempedulikan rasional perniagaan sebaliknya.
Usaha mereka untuk mengaitkan Menteri Kerjaraya Datuk Shaziman Abu Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafiqe kononnya ‘dapat free’ lembu dari NFC juga kantoi.Shaziman kata beliau tidak tahu menahu mengenai sumbangan lembu dari NFC, malah berterima kasih jika benar, kerana ia merupakan sumbangan kepada orang miskin.
Pegawai kepada Zulhasnan pula menjelaskan mereka bukan dapat percuma tetapi telah menjelaskan bayaran untuk lembu-lembu berkenaan.Dr Mohamad Salleh sendiri telah menjelaskan projek fidlot berkenaan bukan gagal seperti didakwa. Beliau mengakui memang ada masalah di peringkat awal kerana pelbagai masalah teknikal.
Namun katanya NFC baru beroperasi tiga tahun sedangkan projek berkenaan seluruhnya memakan masa 30 tahun.Kini budak-budak PKR yang gabra itu sudah pusing minta didedahkan pula minit mesyuarat kabinet sewaktu meluluskan projek fidlot berkenaan.
Ada juga orang yang ketawa melihat gelagat mereka yang nak tenggelam punca ini kerana dalam bab bos besar mereka terpampang didakwa sedang belasah pelacur China, siapa pun tak berani langsung berbunyi minta siasatan terperinci dibuat.Masing-masing kalau boleh nak cuba tutup dan buat tak faham ke atas isu yang semua orang ingin tahu jawapan pasti itu.
“Ini gelagat macam lembu suruhan yang main sondol saja…kita tengoklah nanti siapa yang bakal jadi 'lembu' dalam isu NFC ni,”.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.