Friday, November 25

LAMAN WEB 1MALAYSIA KENA HACKED.


 Laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai telah digodam pagi ini.
Tinjauan ke laman tersebut hanya menemukan paparan yang memberitahu ia sedang dikemas-kini.
Sumber memberitahu laman tersebut digodam dengan penggodam meninggalkan gambar bendera Malaysia sedang dikencing atasnya oleh pihak tertentu.
Tindakan itu katanya tidak melibatkan kandungan penulisan atau bahan lain tetapi bersifat‘defacement’ iaitu mengubah visual laman web berkenaan. 
Kemahiran seperti itu biasanya dimiliki ‘system crackers’ yang akan menceroboh masuk ke pelayan web (server) dan mengubah rupa hadapan sesuatu laman web itu. 
“Kejadian itu dapat dikesan dengan pantas dan laman web 1Malaysia ditutup sebentar hari ini,” katanya. 
Sumber itu bagaimanapun tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. 
Bagaimanapun, menjangkakan sentimen anti Malaysia yang dipertontonkan penyokong Indonesia terutama semenjak kalah pingat emas pada Sukan SEA Isnin lalu mungkin petanda tindakan menggodam itu dilakukan oleh pihak dari negara berkenaan. 
Mungkin penduduk negara itu masih menghadapi kesukaran dan tekanan jiwa yang agak tinggi apabila dimalukan pasukan Harimau Muda sebanyak dua kali dalam masa seminggu. - mynewshub.my
MKP kata depa nie dah melampau,kalah bola itu adat permainan.apa punya mentaliti pengangak nie. 
 


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.