LGE ketua menteri paling malang dalam sejarah pulau pinang adalah seorang yang pandai bermain silap mata dalam membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012.
Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, kepandaian Lim bermain silap mata itu ialah dengan menunjukkan defisit yang tinggi dan kemudiannya menyatakan bahawa kerajaan telah berjimat dan mengurus kewangan dengan baik untuk mendapatkan lebihan.
"Mana ada lebihan? Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ialah tidak membelanjakan wang yang diperuntukkan dalam bajet sehingga menurut Laporan Audit, Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hanya membelanjakan sebanyak 54 peratus daripada bajet yang diluluskan," katanya ketika membahas Rang Undang-Undang itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)Pulau Pinang di sini.
Katanya, apabila wang yang diperuntukkan untuk faedah rakyat itu tidak dibelanjakan, maka ia bukannya satu penjimatan malah ia adalah satu kerugian kepada rakyat.
"Jika wang yang diperuntukkan tidak dibelanjakan, maka ia menunjukkan kerajaan negeri tidak cekap dan tidak telus dalam menguruskan kewangan negeri," katanya.
Jasmin berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ialah mengaburi mata rakyat Pulau Pinang dengan bantuan RM100 untuk warga emas dan anak emas sedangkan pada hakikatnya peruntukan sebenar untuk rakyat tidak dibelanjakan.
"Apabila rakyat memohon bantuan daripada JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) mereka akan menjawab tiada peruntukan, kerajaan negeri tidak beri peruntukan", katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga tidak mengatasi masalah kemudahan awam di kawasan luar bandar dan membiarkan jalan-jalan kampung berlopak.
Jasmin berkata, walaupun peruntukan untuk pembangunan infrastruktur itu terkandung dalam belanjawan negeri, namun kerajaan negeri tidak melaksanakannya dan ini bermakna rakyat di negeri ini telah disia-siakan.
Jasmin berkata, walaupun peruntukan untuk pembangunan infrastruktur itu terkandung dalam belanjawan negeri, namun kerajaan negeri tidak melaksanakannya dan ini bermakna rakyat di negeri ini telah disia-siakan.
MKP kata:masa nie baru LGE dibantai oleh wakil rakyat BN yang selama nie kerja menipu rakyat dan pemdedahan ini bagus untuk membuka pekung DAP yang selama ini hanya penipu dan populis dengan propaganda yang mengatakan DAP terbaik.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.