Sekarang ini macam macam hal telah berlaku , setiap kali fitnah dilemparkan pada orang yang tak bersalah maka ada ajer perkara yang berlaku selepas itu- Baru baru ni anak PM pulak jadi mangsa akan tetapi semuanya dispin- UMNO juga la yang salah.
Baru baru ni anak siapa la pulak kena tangkap ni akibat merompak. Kadang tu jika difikirkan ucapan ucapan yang dikeluarkan oleh mereka semacam tak ada salah , cacat celanya institusi keluarga mereka ini. Tapi kali ni Allah tunjukkan bahawa berlaku adil sesama manusia tu wajib- bukan ikut perut sendiri ajer.. kena faham bab ni..
Anak tiri kepada wakil rakyat (PAS) di Kelantan ditahan reman selama tujuh hari kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun kedai serbaneka di sekitar bandar Kota Bahru. Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Asri Abdul Rahman Sidik di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.
Pemuda berusia 20-an itu disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana merompak dengan menggunakan senjata serta mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah. Ketika dibawa ke mahkamah, lelaki yang bertubuh gempal, berambut kerinting dan memakai baju lokap berwarna ungu itu kelihatan tenang.
Suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis di rumahnya di Jalan Telipot, selepas pihak berkuasa itu menemui beberapa petunjuk. Berdasarkan modus operandi, suspek disyaki menyamun sekurang-kurangnya lima buah kedai serbaneka di sekitar bandar ini iaitu di Jalan Parit Dalam, Jalan Seri Cemerlang, Jalan Kebun Sultan, Jalan Merbau dan bersebelahan pasar raya KB Mall baru-baru ini.
Sebelum menyamun, pemuda itu dikatakan berpura-pura untuk membeli kad tambah nilai pra-bayar sebelum mengeluarkan pisau dan melarikan wang. Malah dia juga dikatakan tidak memakai topi keledar atau topeng untuk menutup muka setiap kali melakukan rompakan.
Psssttt…. susun bini pandai… tanggungjawab buat2 lupa…
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.