Sempena Perhimpunan Agung UMNO ini, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia bakal memperkenalkan program ‘Shuttle Skuad Sayang’ yang menawarkan khidmat pengangkutan sepanjang berlangsungnya Perhimpunan Agung bermula 30 November ini.sebanyak 22 buah van Skuad Sayang akan mengelilingi kawasan sekitar Kuala Lumpur untuk bagi mengambil ahli UMNO.
Skuad sayang telah menjadi satu gelombang dan simbol kekuatan Wanita. Skuad yang diperkenalkan dua tahun lalu ternyata diterima baik oleh masyarakat. Saya bangga dengan Skuad Sayang yang menjadi nadi Pergerakan Wanita,” ujarnya.
Beliau turut melahirkan rasa bangga kepada setiap ahli wanita yang sentiasa fokus terhadap kerja dalam membantu parti apatah lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Kita Wanita tidak mudah tergugat walau didesak dengan pelbagai isu oleh pembangkang. Sebab itulah pembangkang amat takut dengan Wanita UMNO dan sering mencetuskan kontroversi untuk melemahkan semangat Wanita namun Wanita tidak akan pernah goyah.
“Kami sentiasa bersatu dan tidak akan tunduk dengan desakan pembankang walau apapun yang terjadi. Kami akan terus setia berkhidmat dan berkorban demi UMNO dan Barisan Nasional,” ujarnya lagi. -MediaUMNO
MKP kata pasal nie la depa do attack ketua Wanita UMNO kerana tekad dalam perjuangan serta sentiasa ada saja perubahan yang membuatkan pihak pembangkang seperti cacing kepanasan.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.