Sunday, November 27

PKR Sudah Tidak Releven Lagi.


Akhirnya, PKR mengaku secara terbuka ahli Parlimen dan ADUNnya kurang berkhidmat kepada rakyat. Bagi yang baca akhbar baik arus perdana atau alternatif, kerja ADUN dan MP PKR ini tak ada lain buat sidang media burukkan UMNO dan BN saja.
Masalah kawasan masing-masing jarang sangat nak buat sidang media.
Presiden PKR Datin Seri Dr wan Azizah Wan Ismail pada Sabtu mengaku dan akur dengan kelemahan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional parti itu di Pulai Johor.
Menurutnya, berikutan pelbagai masalah itu, PKR akan memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang benar-benar berkelayakan.
Beliau turut memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan akan dirundingkan terlebih dahulu dengan cabang dan akar umbi.
"Harus di kalangan yang berkelayakan dan diyakini punyai prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh...kita harus lega mereka bertindak keluar dan tersisih daripada perjuangan," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Dr Wan Azizah berkata PKR hanya akan memilih calon yang komited sahaja untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
"Pada pilihan raya umum 2008 kita kekurangan calon dan kita ada lebih ramai calon untuk pilihan raya akan datang," katanya

2 comments:

  1. Assalamualaikum & Salam 1 Muharram 1433H,

    Bro, awat hang boh gambar Nurrul Izzah? ingatkan apa tadi.... hehehehhe... PKR mmg hampeh...

    Sila lihat posting terbaru : LAGI PANAS!!! : Kajian ILHAM Bukti BN Boleh Rampas Pulau Pinang Bahagian 1

    di http://www.blogpendekarsiber.blogspot.com/

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Amboi, "dituai musuh dengan sogokan berjuta ringgit" kata dia. Musuh kita yahudi yang tuai depa beratus juta ringgit kenapa tak sebut pun? Nak kenakan orang lain senang tapi diri sendiri tak periksa pula.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.